Jika lemah iman atau tidak kenal Tuhan dengan sempurna, jiwa kita menjadi liar
Liarnya jiwa itu satu penderitaan
Penderitaan jiwa menjadikan hilang kebahagiaan
Apa maksud jiwa kita yang liar?
Apabila mendapat sedikit ujian seperti kesusahan, jiwa menderita hingga tidak sabar
Apabila mendapat kesenangan, berbunga pula jiwa, lupa daratan
Dinasihat atau dikata orang, jiwa rasa berang, mungkin sampai menyerang
Jika orang lebih sedikit, sakit pula hati, menimbul hasad dengki
Apabila orang mendapat penderitaan, jiwa rasa senang
Jika kehendak tidak dikabul, aduh jiwa keluh-kesah dan gelisah
Jika hajat dapat, berbunga pula jiwa, mungkin menghina orang
Begitulah jika iman lemah atau tidak kenal Tuhan, jiwa tidak stabil
Berubah keadaan yang menimpa, berubah pula jiwa
Berlainan suasana, berlainan pula perasaannya
Jiwa sentiasa berombak dan bergelombang
Macam lautan yang tidak pernah rehat dari gelora
Kalau begitu, mana hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Kerana jiwa, mudah saja tergugat oleh kejadian
Padahal peristiwa ada dalam kehidupan mana ada renti-rentinya
Dia datang silih berganti berbagai-bagai keadaan
Orang mukmin, jiwanya sentiasa tenang
No comments:
Post a Comment