Madah baru 75



*M446*
Akal sendiri bagaimana tajam sekalipun,tidak dapat membawa kebenaran,akal yang membawa kebenaran itu, ialah akal yang dapat menyuluh kebenaran yang mutlak, yaitu wahyu dari Tuhan yang disampaikan kepada para nabi dan Rasul.

*M447*
Kebenaran akal ialah, bilamana ia menerima kebenaran dari Allah, melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah kepada nabi-nabi dan Rasulnya.

*M448*
Dahulu Umat Islam menjadi ahli fikir (filosof) karena mengasah akal, dipimpin oleh Wahyu,akal mereka bertambah tajam,wahyu pun semakin terserlah, kebenaran oleh akal,orang barat menjadi ahli fikir (filosof) dengan semata-mata akal,maka akal mereka dikalahkan oleh akal umat Islam yang berteraskan wahyu, justru itu mereka tertinggal di belakang, umat Islam tertonjol kedepan. Sekarang umat Islam,akal mereka tidak lagi menyuluh kebenaran wahyu itu,akal mereka mencari kebenaran semata-mata dari bahan dan hasil fikiran orang barat,mereka sudah tidak faham wahyu,dan akal mereka hanya sekadar mendapat serpihan-serpihan fikiran orang barat, umat Islam tertinggal kebelakang dan orang barat tertonjol kedepan.

*M449*
Kekuatan umat Islam ialah pada wahyu,bukan pada akal,kekuatan orang barat ialah pada akalnya, apabila wahyu telah di tinggalkan, artinya umat Islam telah telah membuang kekuatan dan menerima akal orang barat,bila menjadi seorang murid kepada orang barat,takkan murid mengatasi guru, ertinya wahyu telah diabaikan,akal tidak sampai kemana, maka terjadilah umat Islam terhina dimana-mana.

*M450*
Orang yang jiwanya lemah, sekalipun akal dan fizikalnya kuat, tidak mungkin boleh berjuang sampai kehujung,kerana ketahanan seseorang yang asas dan utama itu ialah ketahanan jiwanya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah