Madah Baru 74




*M436*
Setiap orang yg ada ilmu Islam, sekadar yang dimiliki,  tidak ada halangan untuk dia menjadi  Mubaligh iaitu menyampaikan ajaran Islam, tapi untuk memberi kesan dan perubahan kepada manusia, Allah akan pilih siapa dikalangan mereka yang menjadi pewaris Nabi, sekalipun yang berubah itu tidak ramai, Allah tidak memandang yang ramai,tapi memandang yang bersyukur sekalipun sedikit,karena pengikut para nabi pun tidak ramai.

*M437*
Kalau seseorang itu samaada lelaki mahupun perempuan, selalu saja memandang lelaki,atau perempuan ajnabi,  Allah akan akan bala'kan kepadanya ialah merasakan istri atau suami sendiri sudah tidak menarik lagi, kenalah jaga mata.

*M438*
Syariat Islam itu,apabila diamalkan otomatik orang itu hidupnya,berdisiplin, tidak payah dia didisiplinkan lagi.Disiplin macam ini kekal sampai mati.

*M439*
Kalau seseorang itu hidup berdisiplin karena didisiplinkan,dia tersiksa,dan cara itu tidak akan tahan lama.

*M440*
Disiplin harian umat Islam yang sebaik-baiknya, diwaktu malam sunyi dia memohon,munajat,mengadu kepada Allah, bangun sebelum subuh,waktu bangun memuji Allah,serta niat sepanjang hari hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur,qailulah namanya,tidak tidur selepas asar dan subuh,selepas isya membaca sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ketempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir dengan sebanyak-banyaknya, hingga tertidur dengan taubat dan zikir.Begitulah dibuat sepanjang masa, kecuali kalau ada hal yang mendadak sama ada masalah pribadi mahupun masalah masyarakat,ubah suailah dengan suasana, dengan tidak mengorbankan yang wajib, beginilah disiplin harian umat Islam, kalau kita ingin memperkatakan disiplin.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah