*M511*
Janganlah mabuk dengan kejayaan,janganlah mabuk dengan sanjungan dan pujian,janganlah mabuk dengan nama dan bintang kehormatan,ingatlah apakah Allah akan menyanjung?apakah Allah akan memuji?padahal kita akan mati,apakah segala kemegahan didunia itu boleh menyelamatkan kita dari api neraka yang sangat ngeri?
*M512*
Siapa yang menganggap sanjungan dan pujian itu merosakkan dirinya,kejian dan kata nista daripada manusia itu membaiki dirinya,insyaAllah dia akan selamat daripada sifat mazmumah yang merbahaya.
*M513*
Jangan selalu termenung,jiwa akan kosong,janganlah berangan-angan ingin mendapatkan itu dan ini,ia sepertilah kita mendapatkan sesuatu didalam mimpi.
*M514*
Apabila pergi ke sekolah rasa tersiksa,balik ke rumah terasa neraka,berkawan ukhwah tiada,bergaul tengah masyarakat nafsi-nafsi sahaja,kalau iman tidak kuat,sakit jiwa dan kecewa,boleh membawa putus asa.
*M515*
Manusia ini,apabila tuntutan fitrahnya tidak terisi,kalau iman tidak ada,pasti ditimpa sakit jiwa,atau kegelisahan jiwa,mudah kecewa,boleh membawa putus asa.
No comments:
Post a Comment