Madah baru 79

*M471*
Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi diwaktu bersalah,mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu,merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita,mengakulah lemah dihadapan Tuhan, sekalipun kita serba ada,sedihlah selalu kerana kelalaian kita,menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa, moga-moga dengan cara itu Allah merahmati kita.

*M472*
Adakalanya orang yang menyalahkan orang, yang membuat salah,dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan atau membuat dosa, kalau dosa itu tersembunyi di bongkarnya,atau menuduh,atau menghukum terlebih atau keterlaluan, daripada kesalahan yang dibuatnya.

*M473*
Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu setidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu,anggap sajalah tidak ada kebaikan.

*M474*
Orang yang setiap hari kerjanya bergelumang dengan najis dan dengan perkara-perkara yang kotor dan menjijikan,dia telah lalai dengan kekotoran itu,busuk najis itu tidak lagi mengganggu perasaannya, begitulah orang yang telah bergelumang dengan maksiat dan dosa,bahkan rasa sedap dengan dosa, siapa yang menasihatinya akan dianggap mengganggu ketentraman dan hak asasinya.

*M475*
Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya,setiap orang itu rasa berdosa tidak sama,mesti ada lebih ada kurangnya,mengikutlah ketaqwaan masing-masing atau mengikutlah tingkatan masing-masing.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah