*M501*
Orang yang selalu jiwanya derita, hilang bahagia, fikiran celaru,gelisah tidak menentu, ialah orang yang hasad,tidak cukup apa yang ada,tidak senang dengan Tuhan, bimbang kehidupan masa depan yang belum terjadi, inginkan apa yang ada pada tangan orang yang belum tercapai,susahkan hati diatas kesusahan yang ada.
*M502*
Seorang yang cerdik dan pandai,tapi jiwanya rosak,iaitu di rosakkan oleh sifat sombong,megah, pemarah, dendam,hasad,tamak, bakhil, ingin pujian, kerosakkan yang dibuat lebih banyak daripada kebaikan,tapi kebanyakan orang tidak nampak,justru ia lakukan dengan penuh bijaksana, orang yang cerdik dan pandai saja yang nampak.
*M503*
Tanda seseorang itu jiwanya lemah (samaada mukanya selalu muram,murung,tidak ceria), atau dia menjadi orang yang emosional, selalunya didalam perjuangan, orang ini kena tekan oleh musuh,dia akan buka rahasia,dia menyesal dan kesal serta kecewa dan putus asa.
*M504*
Alangkah ruginya orang yang berjuang, menegakkan kebenaran bertahun-tahun lamanya, kemudian justru ujian yang ditimpakan kepadanya dia tidak tahan, kemudian dia rasa kesal,dan menyesal, lebih-lebih lagi kecewa dan putus asa, mungkin marah-marah atau mengungkit-ungkit pengorbanannya kepada kawan-kawan,atau rasa sedih dengan kesusahan yang menimpa,sepertilah orang yang membangunkan istana, kemudian diruntuhkan semula, ertinya zero semula.
*M505*
Orang yang tidak beriman atau lemah jiwanya, kehendak nafsunyalah menjadi undang-undang,bukan undang-undang Tuhan, kalau ada undang-undang yang hak,dia cuba tafsirkan kepada kehendak nafsunya atau dia cuba lari daripada undang-undang itu,orang beriman sentiasa patuh dan taat kepada undang-undang Tuhan, kalau dia tidak tahu dia akan bertanya,jika dia tahu dia akan jadikan panduan.
No comments:
Post a Comment