Tuhan Aku Ini Hamba-Mu



Aku sembah-Mu Tuhan, aku tidak meminta pahala
Aku sembah-Mu atas dasar aku adalah hamba
Patut aku sebagai hamba-Mu, kerana Engkau Tuhanku, penciptaku
Kelemahanku di dalam ibadah, aku harap kemaafan-Mu
Kekurangannya aku harap dengan rahmat-Mu Engkau tampung sahaja
Di waktu aku lupa, ingatkan aku
Ketika aku buat dosa, sedarkan aku agar aku bertaubat
Apabila aku bertaubat, terimalah taubatku
Jika aku buat dosa lagi, ingatkan lagi agar  aku bertaubat
Setiap kali aku bertaubat, terimalah lagi taubatku
Hidup ini adalah terlalu seni
Kerana seninya, payah hendak hidup yang bersih lagi murni
Berilah aku hidayah dan taufiq selalu
Agar aku pandai hidup yang begitu seni
Adakalanya aku buaat salah, tapi tidak tahu
Kalau bukan petunjuk-Mu, tidak mungkin aku hidup di dalam keadaan yang murni
Jika bukan taufiq-Mu, tidak mungkin aku dapat selarikan yang lahir dengan yang batin
Biarlah lahir menunjukkan yang batin
Sungguh susah Tuhan, hendak selarikan sikap lahir dan batin
Kecuali dengan pertolongan-Mu dan pemimpin-Mu
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupan ini
Hidup  ini  banyak sangat liku-likunya, mudah sahaja tergelincir
Dengan itu selamatlah aku
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah