Madah baru 87



*M536*
Biarlah berputih hati, jangan berputih mata, berkata-katalah jangan mengata, prihatinlah tapi jangan cari pasal.

*M537*
Kita lebih banyak mendapat tahu tentang kelemahan diri kita daripada musuh, berbanding dengan kawan-kawan kita, justru itu do'akan musuh- musuh kita itu agar dia mendapat petunjuk, atau agar dia diampunkan dosa- dosanya oleh Allah, sebagai mengenang jasanya.

*M538*
Mengawal kambing agar jangan merosakkan harta orang lain lebih mudah, daripada menjaga lidah agar jangan merosakkan orang lain.

*M539*
Jagalah lidah yang lembut ini,dia boleh merosakkan, dan boleh membaikkan, boleh memecah belah, boleh mendamaikan, boleh menaikkan, boleh menjatuhkan, boleh menginsafkan, boleh meliarkan, boleh bermusuhan, boleh berkasih sayang, boleh membohongkan, boleh membenarkan, dengan kata-kata lain, lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun.

*M540*
Bagaimana hebatnya kita, dan walau besar mana pun rumah kita, bila kita mati, rumah pertama yang kita masuki ialah keranda sebesar size badan kita, kemudian kita di pindahkan ke lubang kubur, kiri kanan tanah,atas bawah tanah, sangat sempit dan terhimpit, tidak ada sebarang lampu yang menerangi.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah