*M416*
Didalam satu-satu kumpulan atau satu-satu organisasi atau didalam sebuah masyarakat masing-masing ada kepentingan dunianya dan masing-masing hendak menjaga kepentingan masing-masing, jangan anggap boleh bersatu, hanya boleh bertemu.
*M417*
Bertauhid secara ilmu mudah, bertauhid secara penghayatan amat susah. Buktinya saya datangkan perkara contoh :
1) Seseorang yang berjaya dibidang ilmu atau dibidang pembangunan,kalau dia merasa kemampuannya bukan anugerah Allah, ertinya orang ini belum bertauhid, dia berbangga bukan malu, dia belum bertauhid.
2) Seorang yang sedang berhadapan dengan masyarakat, tidak terasa ia daripada Allah dan tidak berasa malunya dengan Tuhan, tidak terasa takut, kalau tidak boleh bersyukur, tidak bimbang, apakah ia menerima atas rahmat Allah atau istidraj dari Allah, belum bertauhid namanya.
3) Seseorang yang mendapat kesusahan seperti miskin, bencana alam, sakit, dizalimi orang, dia rasa kecewa, adakalanya sampai putus asa, syariatnya merosot. Ertinya dengan kesusahan itu dia bertambah derhaka dengan Allah, itulah tanda dia tidak bertauhid.
*M418*
Kalau kaum muslimin boleh menjadikan program hidupnya atau budaya hidupnya setiap hari ketika hendak tidur menyerah diri kepada Allah. Ketika bangun tidur mengingat Allah lebih dahulu. Kemudian masing-masing niat untuk membuat kebaikan Sebelum bertindak atau berbuat berfikirlah lebih dahulu. Waktu berbuat padankan dengan syariat, setelah berbuat bertawakal kepada Allah selepas itu buat kajian apakah ada kesilapan, samada dari segi teknikal, lebih-lebih lagi disudut dasar. Kemudian minta ampun kepada Allah sekali lagi umat Islam akan menjadi bangsa yang ada wibawa dan mengatur dunia.
*M419*
Apabila syariat lahir itu seperti menutup aurat, ia diamalkan kerana ia menurut atau mengikut orang memakai bukan hasil didikan, akhirnya jadi budaya, ertinya menjadi pakaian umum, ia tidak akan mengubah perangai mereka yang memakainya, oleh kerana itulah Islam sangat mementingkan pendidikan.
*M420*
Di rumah atau dikalangan keluarga, ibu bapalah menjadi guru, di dalam sebuah kampung, ketua kampunglah menjadi guru, di dalam sebuah organisasi, pemimpinlah yang menjadi guru, di sekolah, cikgu-cikgulah yang menjadi guru. Di dalam negeri atau negara pemimpinlah yang menjadi guru, Kalau guru itu sudah rosak atau tidak ada disiplin hidup, Orang bawahnya akan rosak sama Kerana itulah pepatah melayu ada berkata, Guru kencing berdiri, murid kencing berlari, Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus, sedangkan dia sendiri tidak lurus.
No comments:
Post a Comment