Madah baru 73


*M426*
Pelajaran dan pendidikan adalah dua perkara yang berhubung rapat satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan . Ada pelajaran tidak ada  pendidikan, Ilmu tinggal menjadi ilmu m, ia tidak dihayati dan diamalkan kalau pendidikan saja tidak ada ilmu Ertinya mendidik manusia tidak ada panduan, tidak ada matlamat yang tepat di dalam mengamalkan. Di sini kita dapat faham dan dihafal sahaja belum dihayati dan diamalkan. Pendidikan ialah menghayati ilmu serta ia dijadikan panduan untuk diamalkan , serta akhlak pada seseorang itu untuk memberi ilmu, siapa saja yang mengetahui boleh menyampaikan.  Tapi untuk mendidik ditiru oleh murid, di akhir zaman ini juga banyak gagal ialah pendidiknya. Kerana ia ada hubungan rapat dengan seorang guru yang bertaqwa. Mencari guru yang bertaqwa bukan mudah tapi mencari guru yang berilmu banyak boleh dicari.

*M427*
Hari ini ukuran cemerlang pada seseorang murid Ialah berjaya menghafal dan memahami ilmu,  sekalipun tidak dihayati dan diamalkan.  Ertinya walaupun murid itu bukan seorang peribadi yang baik sekalipun tidak sembahyang, sombong dan sebagainya tapi dia berjaya di bidang ilmu.

*M428*
Hari ini kalau seseorang pelajar itu lemah di bidang ilmu tapi dia berjaya di bidang pendidikan umpama dengan ilmu yang dipelajarinya itu dihayati dan diamalkan hingga ia menjadi pelajar yang berakhlak  dia tidak dianggap pelajar yang cemerlang, ukuran ini adalah satu gejala masyarakat yang tidak sehat sebenarny, orang yang tidak anggap lagi satu gejala negatif, oleh kerana itulah hari ini pembangunan dan kemajuan bertambah pesat, tapi akhlak bertambah rosak dan jahat.

*M429*
Wahai umat Islam, 
Perlu diingat tidak ada disiplin yang lebih baik dan cantik daripada Islam.
Janganlah mencari disiplin lain selain Islam, untuk mendisiplinkan umat Islam , nanti umat Islam bukan sahaja tidak disiplin bahkan akan menimbulkan lebih banyak gejala-gejala masyarakat yang tidak sehat.

*M430*
Hari ini latihan-latihan fizikal terlalu banyak bahkan sangat serius diusahakan, tapi latihan rohaniah sangat sedikit diusahakan,  adakalanya yang sedikit itu pun tidak tepat. Padahal kalau hati itu sudah rosak, nafsu tidak terdidik, latihan fizikal yang dilakukan ini yang menjadikan orang ramai sudah tahan lasak, 
ketahanan fizikal itu akan disalah gunakan nanti untuk kejahatan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah