hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Madah baru 89
Engkau Tidak Terasa Kasih Sayang Tuhan
Arak?
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan"
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita.
Ilmu Allah sangat amatlah luas.
Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.
Saudaraku,
Cerita ni boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari sifat mazmumah.
Walau sehebat mana diri kita jgn pernah berkata
"Aku lebih baik drpd kalian"
Madah Baru 88
Madah baru 87
Percaya Dengan Rasa Hamba Tidak Sama
Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati
Madah baru 86
Terimalah Ibadahku Yang Tidak Sempurna
Madah baru 85
Bersungguh-Sungguhlah Beramal Ibadah
PERSOALAN HUKUM BADAL HAJI
PERSOALAN HUKUM BADAL HAJI ATAU INFAQ UNTUK ARWAH DATUK DAN NENEK LEBIH UTAMA?
PERSOALAN BADAL HAJI BAGI ORANG YANG TIDAK SIHAT
YA ALLAH.. MASUKKAN AKU DALAM GOLONGAN YANG SEDIKIT
Madah baru 84
Ibadah Memberi Cahaya Pada Jiwa
Madah Baru 83
Sembahyang Titik Tolak Segalanya
Madah baru 82
Tuhan Aku Ini Hamba-Mu
Madah baru 81
Memperjuangkan Islam Tidak Semudah Yang Dicakapkan
wajib baca
Madah Baru 80
Cinta Diri Merosakkan Diri
Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa
Jiwa Liar Apabila Tidak Kenal Tuhan
Madah baru 79
Madah baru 78
Kita Adalah Hamba
Madah baru 77
Rasa Hati Seorang Hamba
BERSEDEKAH menambah rezeki
Madah baru 76
Buat Perubahan Diri Terlebih Dahulu
Madah baru 75
Lidah Jurubicara Paling Baik Dan Paling Jahat
Biografi Habib Ali Zaenal Abidin
Nama : Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar
Dikenali sebagai : Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia Tarikh Lahir : Jumaat, 12 April 1974.
Jantina : Lelaki
Status perkahwinan : Berkahwin
Bahasa : Melayu
Akidah : Ahlusunnah wal jamaah
Pegangan Mazhab : Syafie
Para guru serta latar belakang pendidikan:
1974 – 1992
Pada awal usia beliau, Habib telah menuntut ilmu dengan ramai guru di sebuah perkampungan yang di diami oleh ramai para ulama’. Sewaktu membesar, beliau sempat berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As’ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar 1993-1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian di Hadhramaut. Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz. Di Hadhramaut beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
1996 – 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim 2. Dr. Saad Jawish 3. Dr. Ali Jum’ah 4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
Secara ringkasnya perjalanan Pendidikan beliau adalah seperti berikut:
1993 – 1995
Dar al Mustafa, Tarim, Yaman.
1996 – 2001
Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin), Universiti Al-Azhar, Mesir.
2001 – 2006
Ijazah Sarjana (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2017 – Kini
PhD dalam bidang (Al-Quran & As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PENGLIBATAN DAKWAH MELALUI KHIDMAT MASYARAKAT:
1. Ahli Panel Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI), JAKIM.
2. Penaung Madrasah At-Tazkiyah.
3. Penasihat Utama Pertubuhan Kebajikan Darul Murtadza, Kuala Lumpur.
4. Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Murtadza.
5. Pembimbing Majlis Ta’lim Madras An Nur.
6. Pembimbing Jalsah Isnin di Surau Putra Al Amin, Putrajaya.
7. Penceramah Pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah di Pertubuhan Muhibbin Melaka.
8. Pembimbing Majlis Tafaqquh Ilmi Johor.
9. Pembimbing Majlis Hadyun Nabawi Singapura.
PENGLIBATAN DAKWAH MELALUI MEDIA:
1. Penceramah dalam rancangan Fiqhus Sirah, Hayatur Rasul sebanyak 20 episod di Radio IKIM pada tahun 2013
2. Penceramah rancangan Muhammadku di TV3 sebanyak 13 episod pada tahun 2013.
3. Penceramah rancangan Taman Syurga TV Al-Hijrah sebanyak 80 episod pada tahun 2015