TAUHID DAN IMAN TUNGGAK PERJUANGAN

Memperjuangkan Islam ertinya memperjuangkan iman dan tauhid
Agar Tuhan disembah, dicintai dan ditakuti
Supaya Tuhan menjadi idola setiap manusia
Kalau undang-undang Islam dan syariatnya sahaja diperjuangkan, siapa mahu hormati
Ia sepertilah memperjuangkan isme dan ideologi
Tidak ada tempat orang yang hendak takut
Kalaupun berjaya diperjuangkan syariat dan undang-undang Islam
Tanpa bertunjangkan tauhid dan iman
Hanya berjaya menegakkan hukumnya sahaja
Namun orang-orang tidak bertuhan juga, iman tidak ada juga
Atau orang boleh mengelak hukum, secara rasuah dan berbagai-bagai lagi
Lebih-lebih lagi pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang Islam tanpa iman
Mereka boleh melepaskan diri, yang kena hanya rakyat jelata
Di zaman sains teknologi canggih ini
Alat-alat perhubungan begitu mudah, orang boleh pergi ke luar negara
Tidak berani melakukan maksiat di negaranya, mereka pergi ke negara luar
Selamatlah mereka daripada dikenakan hukuman
Undang-undang Islam jika berjalan bukan atas dasar iman
Mereka kalau kena hukuman, maka berlakulah penzaliman 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah