M196
Pembaziran masa yang dilakukan oleh manusia
lebih banyak berlaku,daripada pembaziran wang ringgit,
tapi banyak orang tidak terasa pembaziran masa,
hampir semua orang terlibat dengannya.
M197
Ada di kalangan kita tidak setuju
kemungkaran yang tidak dikawal oleh pihak rasmi,
padahal kemungkaran itu ia tetap kemungkaran,
tidak ada kemungkaran yang halal.
M198
Selalunya nikmat Allah
yang diberi kepada hamba-hambanya
secara istidraj lebih banyak daripada rahmat.
Yang diberi secara istidraj
tidak membantu kepada bertaqwa,
yang diberi secara rahmat
boleh membantu kepada bertaqwa.
M199
Di dalam dunia ini ada orang boleh hidup
dengan pengaruh,
ada orang yang boleh hidup dengan kepandaian
ada orang yang boleh hidup dengan jawatan
ada orang yang boleh hidup dengan tenaga
ada orang yang boleh hdup dengan simpati orang
ada orang yang boleh hidup dengan warisan
ada orang yang boleh hidup kerana di pertanggung jawab,
ada orang yang boleh hidup dengan meminta.
M200
Setiap hari Allah mengantar tentara-tentaranya
memerangi dan membunuh manusia
dan memusnahkan harta benda manusia
untuk ia memperlihatkan
kekuasaannya kepada manusia
agar manusia kembali pada Tuhan .
seperti air menghanyut,membunuh,memusnah,
angin membunuh,melanda apa sahaja,
api membakar,membunuh,dan menghanguskan,
petir menembak manusia,
gunung meletup memuntahkan laharnya,
memusnahkan apa sahaja yang memenuhi bumi,
mengamuk dan menumbangkan apa sahaja,
membunuh dan merosakkan harta benda,
tapi manusia tidak juga melihat kuasa Tuhan,
katanya " ini biasa,ini banjir",
seolah-olah semua perkara ini jadi sendiri.
No comments:
Post a Comment