*M176*
Apabila kita beragama, meriah di luar rumah, sunyi sepi di dalam rumah, tanda kita beragama kerana mencari nama, bukan dari hati yang ikhlas.
*M177*
Tidak mesti orang yang dihukum itu bersalah dan tidak mesti orang yang bersalah itu dihukum, kerana di dunia ini, mana ada keadilan, kecuali dia datang sekali sekala.
*M178*
Zaman sekarang berebut-rebut orang hendak menjadi Qadhi, ertinya berebut-rebut hendak menghukum orang.
Dahulu orang takut hendak menjadi Qadhi, walaupun dia dihukum.
*M179*
Keramat yang paling besar pada seseorang itu ialah kuat bermujahadah, dan dapat melaksanakan suruhan Allah, dan dapat meninggalkan larangan Allah.
Ia berlaku secara istiqamah , tapi banyak orang tidak tahu ia merupakan keramat.
*M180*
Kemajuan dan pembangunan yang tidak mengikut syariat akan ada side effectnya, iaitu berlakunya kejahatan dan kemungkaran.
No comments:
Post a Comment