*M116*
Kalau kita takut membuat kerja-kerja akhirat
apakah ada jaminan kita tidak akan susah
membuat kerja-kerja dunia?
*M117*
Kalau seseorang itu di anggap bodoh
kerana tidak membuat persiapan di hari tua,
yang masanya terlalu terbatas,
logiknya lebih bodoh lagilah,
orang yang tidak membuat persiapan
di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.
*M118*
Di dunia dapat kita rasakan,kalau kita dihukum dengan
dimasukkan ke dalam sel
sekian-sekian tahun lamanya,
diwaktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,
kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun
tidak boleh buat apa-apa.
Mengapa tidak terfikir oleh kita,
di akhirat kelak segala-galanya tadi
lebih tidak berguna
dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu,janganlah kita berbangga dengan itu semua.
*M119*
Banyak orang mampu berhadapan
dengan gunung yang tinggi
sungai yang dalam,lautan yang luas
hutan yang tebal,lurah yang payah
tapi bila berhadapan dengan wanita dan wang ringgit
dia menyerah kalah.
*M120*
Jika seorang wanita itu,
sifat malunya sudah hilang,
ertinya mutiara berharga pada dirinya sudah hilang.
Diwaktu itu kecantikkan fitrahnya sudah punah.
Kecantikkan tarikan nafsu yang terserlah.
No comments:
Post a Comment