Bawa Islam Dengan Sikap Bukan Hanya Cakap


Di akhir zaman ini susah dicari mubaligh membawa Islam dengan sikap, bukan dengan cakap
Da'i-da'i di akhir zaman banyak membaca firman, bukan suri teladan
Sunnah-sunnah Rasul alhamdulillah dibacakan, malangnya tidak dikotakan
Falsafah-falsafah Islam dihuraikan, realitinya terburai, berkecai
Islam hari ini kering dengan suri teladan
Banjir dengan syarahan-syarahan dan slogan-slogan
Mabuk memperdengar dan mendengar, sepi dengan amalan
Dimandikan dengan teori, praktikal tidak disiram
Kita mahu Islam dijadikan tabiat bukan sekadar diingat-ingat
Kita mahu Islam jadi budaya, bukan istiadat
Tuhan! Engkau lahirkanlah pemimpin-pemimpin
Dan mubaligh-mubaligh membawa teladan
Bukan untuk didengar, tapi untuk ikutan 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah