MADAH baru 30

 

*M131*
Teori dan praktis selalu berlawan.
Pengakuan dan amalan selalu bertentangan.
Perkara yang lojik selalu mengecewakan.
Janji selalu sahaja tidak bertepatan.
Berbincang selalu sahaja membawa perbalahan.

*M132*
Seorang yang mengetahui sesuatu perkara
dengan pengalaman bukan pelajaran (teori),
boleh berbuat, susah hendak disyarahkan.
Seseorang yang mengetahui dengan teori,
boleh mensyarahkan, kurang mahir di segi perbuatan,
kecuali dia berpengalaman sama.

*M133*
Petah bercakap tidak semestinya pandai.
Tidak petah bercakap tidak semestinya bodoh.
Tidak mesti pandai bercakap pandai menulis.
Begitu juga,
tidak mesti pandai menulis, pandai bercakap.
Tidak mesti pandai berteori pandai berbuat.
Begitu juga,
tidak mesti pandai berbuat pandai berteori.

*M134*
Pencinta ilmu tertarik daripada ahli pidato
ke atas isi ucapannya.
Orang yang emosional atau darah muda
tertarik dengan kepintaran berbahasanya,
kurang minat dengan isi.

*M135*
Jarang sekali tamadun yang dibangunkan
oleh orang-orang dahulu
yang dapat disaksikan hingga ke hari ini,
yang bersifat fisikal,
dibangunkan oleh orang-orang kerohanian,
tapi, kebanyakan dibangunkan oleh orang-orang yang berkuasa dan tokoh dunia.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah