Sepatutnya engkau boleh belajar dengan jiwa engkau sendiri
Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi
Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja
Fitrah semula jadi manusia sama sahaja
Apa yang dimaksudkan boleh belajar dengan jiwa atau perasaan sendiri?
Iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang
Begitulah perasaan orang lain
Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang kepada orang lain pula
Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan
Mengapa kita tidak suka membantu orang seperti kita suka dibantu?
Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan dan lain-lain kesenangan,
Sepatutnya kita rasa terhibur dengan keistimewaan orang lain
Sepertimana yang kita rasa dan suka
Cukuplah itu contoh yang kita datangkan
Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa dan perasaan sendiri
Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja atau menguatkan sahaja
Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar dengan jiwa sendiri
Kerana itulah perikemanusiaan sudah hilang, bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang
Kehendak jiwa sendiri tidak dapat diapplykan kepada orang lain
Sepertimana orang lain juga tidak dapat lakukan kepada kita
Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri
Cintakan Tuhan sudah hilang dari jiwa manusia
Akibatnya cinta sesama manusia kering-kontang
No comments:
Post a Comment