MADAH baru 38


*M181*
Bertemu tidak selalu mesti bersatu, bermasyarakat tidak mesti semuafakat, berpisah tidak semesti berpecah, kerana bersatu itu adalah ikatan hati.

*M182*
Orang yang hidup kerana mencari makan , dia tidak kira dimana mendapat untung, dia boleh berpaut kepada orang jahat, dan boleh berpaut kepada orang baik.  

*M183*
Oleh kerana setiap kejadian samada baik atau buruk Allah takdirkan bersebab, maka banyak manusia tertipu, yang mana sebab itulah punca kejadian itu  hingga tidak nampak lagi pencipta asbab, iaitu Tuhan.
Oleh itu selalu manusia mentuhankan sebab, sekalipun tidak menyebutnya.

*M184*
Diantara ujian Allah kepada manusia, setiap kejadian Allah tentukan dengan bersebab, padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab agar menjadi ujian kepada manusia, apakah manusia bertuhankan Allah atau mentuhankan sebab. 

*M185*
Kekayaan tidak salah dicari selagi ia halal tapi perlu diingat, ia selalunya merosakkan kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan kekayaan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah