Madah Baru 44


*M216*
Benih kebaikan sudah Allah tanamkan didalam hati
atau roh manusia(fitrah semula jadi).
Baja penyubur adalah didikan
yang bercorak syariat.
Air penyegarnya ialah kebaikan
yang berlaku didalam kehidupan manusia,
seperti yang dilihat dan didengar.

*M217*
Benih kejahatan juga sudah sedia ada didalam hati
atau roh manusia(fitrah semula jadi).
Baja penyubur adalah
didikan yang tak tercorak syariat,
air penyegarnya ialah kejahatan
yang berlaku didalam kehidupan 
manusia,yang dapat dilihat
dan didengar.

*M218*
Banyak orang menyebut nafsu,
tapi tidak banyak yang tahu
bagaimana hendak membaiki nafsu.
Bila nafsu tidak dapat dibaiki
kita telah membuat hijab didalam tubuh kita,
ertinya setiap detik kita digoda oleh syaitan,
tapi kita tidak sedar,
akhirnya kita jadi bola oleh syaitan.
Dia boleh tendang kita kemana-mana.
Di masa yang sama adakalnya
kita maki syaitan,syaitan tertawa.

*M219*
Kalau hendak tahu bagaimana jahat
dan liarnya nafsu kita
kita lihatlah perangai dan tingkah laku kita.
Mudahkah kita kontrol diri kita daripada tamak,
dari seronok-seronok bergaul degan wanita.
Mudahkah kita menerima nasihat-nasihat
daripada orang lain.
Mudahkah kita memaafkan kesalahan orang.
Mudahkah kita meminta maaf.
Mudahkah kita bersyukur menerima nikmat.
Mudahkah kita berkhidmat untuk orang
dan tiada ingin balasan.

*M220*
Didalam Islam, 
latihan fizikal boleh dibuat sekali sekala,
latihan kerohanian,
(mendidik nafsu dan membersihkan hati)
latihannya kena dibuat setiap masa,
kerana membentuk dan melatih diri
yang lahir amat mudah,tapi
hendak membentuk diri yang batin amat susah.
Buktinya dengan badan yang sihat lagi terlatih,
orang boleh panjat bukit,merenangi lautan,
merentas hutan,menurun lurah,
berlari beratus batu,
tapi untuk sembahyang,
lebih-lebih lagi sembahyang subuh,
walaupun di atas karpet dibilik sejuk
banyak orang tidak sanggup,
bukan fizikalnya yang tidak mampu,
tapi hatinya yang tidak mampu.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah