Madah baru 39


M186
Cita-cita itu kalau tidak bertapak di bumi nyata,
angan-angan namanya,
jika bertapak di bumi nyata harapan namanya.
Mengharap diharuskan,
angan-angan dilarang.

M187
Kalau kematian tidak dapat mengajar manusia,
tidak ada jalan lain lagi
yang boleh mengajar manusia
kerana kematian itu hebat dan  menggerunkan.
Tidak ada kejadian lain
yang segerun kematian.

M188
Beberapa orang sama-sama mengorbankan harta
untuk kebajikan nilainya sama.
Katakanlah sama-sama mengeluarkan wang
untuk sedekah sebanyak RM 10.00
setiap orang itu jangan anggap pahalanya sama
kerana beberapa faktor,
pertama : 
Di segi keikhlasan sudah tentu tidak sama.
Kedua : 
Di segi susah dan senang mengeluarkannya
tidak sama,orang yang gaji kecil
sudah tentu terasa berat mengeluarkannya.
Orang yang berpendapatan besar
tidak terasa apa-apa.
Ketiga : 
kebersihan harta yang di keluarkan oleh
setiap orang itu tidak sama.

M189
Banyak orang sekarang ini ia popular
kerana harta yang dikeluarkan untuk kebajikan,
itu adalah kepunyaan persatuan
atau syarikat,atau masyarakat kampungnya,
tapi bukan wang poketnya
atau dari harta kepunyaanya sendiri.

M190
Jangan kita anggap keadilan menurut Islam itu
ialah timbangan sama berat,
ukuran sama panjang,
pembahagian sama rata,sukatan sama cukup,
keadilan sama banyak,tapi
giliran dalam islam itu ialah sama tindak tanduk kita
di dunia ini di dalam semua aspek kehidupan,
islam adalah menjadi panduan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah