MADAH baru 36


*M171*
Agama Islam bukan untuk digunakan bermusim-musim, atau tempat-tempat tertentu dan masa- masa tertentu, seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa, bahananya semua orang terkena, barulah rujuk kepada Agama.
Tapi Islam untuk setiap individu, sebarang masa, setiap tempat, di semua musim dan ketika, mana-mana saja kerana Agama Islam bukan tuntutan semasa, tapi kehendak Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Esa. 

*M172*
Banyak orang Islam memandang iman itu sekadar mempelajari atau menghafal rukun iman.
Dia tidak  nampak yang lebih mendalam dari itu, maka mereka merasakan peranan iman itu tidak sejauh manapun.
Oleh kerana itulah di zaman ini kalau kita menyebut tentang iman boleh  menyelesaikan masalah hidup, akan jadi bahan perli sahaja, atau acuh tak acuh mendengarnya, atau akan memandang dengan sinis. 

*M173*
Kaedah yang bukan syariat atau apa- apa disiplin yang bukan syariat jika diamalkan akan lahir side effect yang negatif, seperti kalau boleh membangun, akhlak pula rosak.
Boleh dapat ilmu akan diperolehi sama sifat- sifat mazmumah, seperti sombong.
Ekonomi berkembang banyak orang yang tertindas, banyak industri, berlaku pencemaran alam.

*M174*
Banyak manusia bila ada jawatan, aktif membuat kerja-kerja masyarakat.
Apabila tidak ada jawatan , dia menghilanhkan diri entah kemana perginya, tanda kerja-kerjanya dahulu untuk kepentingan pribadi. 

*M175*
Susah kita mencari kawan di zaman ini kerana sifat seorang kawan itu, jika kita bersalah dibetulkannya, jika kita betul, dia rasa gembira sama, kesilafan kita dimaafkannya, keburukan kita ditutupnya, kesusahan kita dia berusaha mengatasinya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah