Madah Baru 46


*M246*
Di akhir zaman 
kebanyakan Alim ulama tidak mempunyai 
pengikut,justeru
mereka telah menjadi
pengikut dan pak turut.

*M247*
Kebanyakan ulama
di akhir zaman tidak
mempunyai pengikut,
oleh itu kalau ada satu
dua dikalangan mereka
mempunyai pengikut
akan kedengaran tuduhan
daripada mereka.
jangan fanatik kepada
ulama dan pemimpin.
Yang sebenarnya 
kata-kata itu untuk 
melindungi kelemahan
mereka,yang sudah tidak
diikuti lagi oleh orang ramai.

*M248*
Di akhir zaman para ulama
tidak membuat dan
menentukan dasar,
tapi mengiyakan 
pembuat-pembuat dasar.

*M249*
Di akhir zaman
para ulama lebih suka
dengan golongan sekuler
daripada bersatu sesama
mereka didalam apapun
perjuangan.

*M250*
Majoriti ahli-ahli perniagaan
terutama golongan bawahan dan golongan pertengahan,bukan yang
berkelulusan dibidang 
ekonomi.Adakalanya
orang yang berkelulusan
ekonomi tidak minat pula
hendak berniaga.

KEHIDUPAN ORANG TUHAN


Orang-orang Tuhan biasanya hidup di dalam penderitaan dan sengsara
Dizalim, dianiaya itu adalah perkara biasa
Tersingkir, terbuang, dipenjara basahan hidup mereka
Dikejar-kejar dan diburu hingga melarikan diri jadi budaya
Miskin, papa, dihina, didusta menimpa mereka
Lihat sahajalah para-para rasul dan para-para nabi
Sahabat-Sahabat dan Tabi’in dan para solehin
Tapi tidak pernah menukar keyakinan
Sikap mereka tidak pernah berubah
Ibadah dan taqwanya kepada Allah Taala sentiasa bertambah
Mereka itu adalah orang luar biasa
Ujian dan keadaan tidak merubah keyakinan dan sikapnya
Kalau mereka susah, sabarnya terserlah
Jika mereka senang, syukurnya terserlah ibadahnya bertambah
Begitulah kehidupan orang-orang Tuhan sepanjang sejarah
Sibuk dengan perjuangan dan khidmat kepada manusia
Penuh di dalam penderitaan dan kesengsaraan
Namun Tuhan tidak pernah ditinggalkan
Bahkan Tuhan adalah kawan setianya 

Madah Baru 45


*M241*
Di akhir zaman
kebaikan pemimpin atau orang besar nampak lahirnya di muka orang
ramai dimuliakan tapi
dibelakang mereka dihinakan kerana mereka 
tidak di hati orang ramai.

*M242*
Di akhir zaman
kebanyakkan pemimpin
berpura-pura dihadapan rakyat,rakyat juga berpura-pura dihadapan mereka.
Pemimpin berpura-pura
takut tak dapat sokongan,
bertambah berpura-pura
tak dapat pertolongan.
Jadi pemimpin dengan yang
dipimpin sama-sama takut,
ertinya bangsa yang takut
sesama sendiri.

*M243*
Di akhir zaman ini
banyak perkara-perkara pelik,di antaranya : 
a) Ada orang yang membuat kerja sama untuk mencari nama sekalipun terancam nyawa dan tertinggal agama,kemudian di agungkan oleh bangsa dan negara sebagai wira
seperti orang yang memanjat gunung tinggi,ada jatuh mati.
b) Seorang yang berenang
meyeberangi lautan,yang
dimakan ikan.
c) Seoramg yang berlari beratus-ratus batu,ada yang cedera parah.
Didalam Islam seorang wira itu ialah kerana kuat melwan nafsu,dia menjadi seorang yang berakhlak tinggi,tapi orang tidak peduli.

*M244*
Di akhir zaman orang
membangunkan dunia
menjual nama agama
untuk mengesahkan dan
melicinkan kerja-kerjanya,
agar ia mendapat dukungan
dan sokongan daripada
orang ramai.

*M245*
Di akhir zaman para
ulama,mereka tidak mempunyai orang,tapi
mereka di punyai orang.
Terpaksalah bertolak ansur
di segi fatwa dan tindakan.

AKU TIDAK BIMBANG USAHAKU GAGAL


Aku tidak bimbang usahaku gagal
Yang aku bimbang kalau dia batal
Aku tidak takut perjuanganku tidak berjaya
Yang aku takut kalau perjuangan itu tidak dapat pahala
Di dalam perjuangan, yang kita kejar adalah kebenaran bukan kemenangan
Kemenangan itu adalah nikmat sampingan
Kalau kita terpaksa kalah kerana kebenaran, biarlah kalah
Kalah bukanlah satu kesalahan
Tidak menegakkan kebenaran adalah satu kesalahan
Biar kita kalah daripada berlaku salah
Biar tidak berjaya daripada menanggung dosa
Kebenaran mesti ditegakkan sekalipun pahit
Kebenaran wajib dibangunkan, jangan ditentang
Kebenaran tidak boleh ditukar dengan kemenangan
Tidak mengapa kalah, kebenaran dapat ditegakkan
Pilihlah kebenaran sekalipun kalah
Justeru kalah tidak mesti salah 


Madah Baru 44


*M216*
Benih kebaikan sudah Allah tanamkan didalam hati
atau roh manusia(fitrah semula jadi).
Baja penyubur adalah didikan
yang bercorak syariat.
Air penyegarnya ialah kebaikan
yang berlaku didalam kehidupan manusia,
seperti yang dilihat dan didengar.

*M217*
Benih kejahatan juga sudah sedia ada didalam hati
atau roh manusia(fitrah semula jadi).
Baja penyubur adalah
didikan yang tak tercorak syariat,
air penyegarnya ialah kejahatan
yang berlaku didalam kehidupan 
manusia,yang dapat dilihat
dan didengar.

*M218*
Banyak orang menyebut nafsu,
tapi tidak banyak yang tahu
bagaimana hendak membaiki nafsu.
Bila nafsu tidak dapat dibaiki
kita telah membuat hijab didalam tubuh kita,
ertinya setiap detik kita digoda oleh syaitan,
tapi kita tidak sedar,
akhirnya kita jadi bola oleh syaitan.
Dia boleh tendang kita kemana-mana.
Di masa yang sama adakalnya
kita maki syaitan,syaitan tertawa.

*M219*
Kalau hendak tahu bagaimana jahat
dan liarnya nafsu kita
kita lihatlah perangai dan tingkah laku kita.
Mudahkah kita kontrol diri kita daripada tamak,
dari seronok-seronok bergaul degan wanita.
Mudahkah kita menerima nasihat-nasihat
daripada orang lain.
Mudahkah kita memaafkan kesalahan orang.
Mudahkah kita meminta maaf.
Mudahkah kita bersyukur menerima nikmat.
Mudahkah kita berkhidmat untuk orang
dan tiada ingin balasan.

*M220*
Didalam Islam, 
latihan fizikal boleh dibuat sekali sekala,
latihan kerohanian,
(mendidik nafsu dan membersihkan hati)
latihannya kena dibuat setiap masa,
kerana membentuk dan melatih diri
yang lahir amat mudah,tapi
hendak membentuk diri yang batin amat susah.
Buktinya dengan badan yang sihat lagi terlatih,
orang boleh panjat bukit,merenangi lautan,
merentas hutan,menurun lurah,
berlari beratus batu,
tapi untuk sembahyang,
lebih-lebih lagi sembahyang subuh,
walaupun di atas karpet dibilik sejuk
banyak orang tidak sanggup,
bukan fizikalnya yang tidak mampu,
tapi hatinya yang tidak mampu.

TAUHID DAN IMAN TUNGGAK PERJUANGAN

Memperjuangkan Islam ertinya memperjuangkan iman dan tauhid
Agar Tuhan disembah, dicintai dan ditakuti
Supaya Tuhan menjadi idola setiap manusia
Kalau undang-undang Islam dan syariatnya sahaja diperjuangkan, siapa mahu hormati
Ia sepertilah memperjuangkan isme dan ideologi
Tidak ada tempat orang yang hendak takut
Kalaupun berjaya diperjuangkan syariat dan undang-undang Islam
Tanpa bertunjangkan tauhid dan iman
Hanya berjaya menegakkan hukumnya sahaja
Namun orang-orang tidak bertuhan juga, iman tidak ada juga
Atau orang boleh mengelak hukum, secara rasuah dan berbagai-bagai lagi
Lebih-lebih lagi pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang Islam tanpa iman
Mereka boleh melepaskan diri, yang kena hanya rakyat jelata
Di zaman sains teknologi canggih ini
Alat-alat perhubungan begitu mudah, orang boleh pergi ke luar negara
Tidak berani melakukan maksiat di negaranya, mereka pergi ke negara luar
Selamatlah mereka daripada dikenakan hukuman
Undang-undang Islam jika berjalan bukan atas dasar iman
Mereka kalau kena hukuman, maka berlakulah penzaliman 

Wan Joyah


Salam wrt. 20hb Nov 2020 Hari Jumaat Wan dah masuk hospital Melaka. 

Malamnya jam 12.50 pagi, wan telah menghembuskan nafas terakhir. Moga Wan Joyah dan Atok Kasim bahagia di alam akhirat yang kekal sampi bila². Syurga buat kalian berdua. Wan pun senyum ketika meninggalkan dunia. Urusan semua dipermudah sehingga selesai ditalqinkan... Hujan 21hb Nov 2020 sehingga dikebumikan.. 

Salam rindu buat Wan Atok. Moga berjumpa di syurga  nanti. aamiiin

Madah Baru 43



*M206*
Kalau hiburan itu dirangsang oleh nafsu
selepas berhibur jiwa gelisah.
Jika hiburan itu mendarah mendaging,
jiwa resah tidak tentu punca
akhirnya hendak marah-marah,
jiwa sensitif mudah tersinggung,
mudah merajuk,mudah kecewa,
kemuncaknya mudah putus asa.

*M207*
Hiburan itu tidak mesti membahagiakan,
tapi kebahagiaan sudah tentu menghiburkan.

*M208*
Bukti hiburan yang bersifat maksiat itu 
bukan hiburan,jauh sekali dari  kebahagiaan,
di tempat-tempat hiburanlah selalu berlaku pergaduhan
berbunuh-bunuhan,bersingit-singit hati,
rampas merampas,dendam mendendam.

*M209*
Hati ibarat tanah,dia boleh gersang.
Hati yang gersang tidak akan menumbuhkan lagi
pokok pokok kebaikan.
Hati gersang disebabkan tidak berzikir,
hati tidak selalu mengingati mati.

*M210*
Akal ada ukurannya yang tersendiri,
begitu juga jiwa(roh dan hati)
ada ukurannya yang tersendiri.
Kesemuanya itu hendaklah di pimpin
oleh agama Islam,
diwaktu itu akan berjalan selari.

BERJUANG MENGAJAK MANUSIA KEPADA ISLAM



Berjuang membunuh musuh bukanlah utama
Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya
Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam
Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola
Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata
Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata
Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada
Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama
Ia adalah merupakan sumber rezeki 


KISAH GURU & BURUNG KAKAK TUA

[[KITA WAJIB MUHASABAH DIRI]]

*Adakah kita seperti burung kakak tua?* 

 *KISAH GURU & BURUNG KAKAK TUA* 
(Oleh: Ustaz Haji Suhaimi Al-Azhary)

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Dahulunya...ada seorang guru agama yg mengajarkan berkaitan Aqidah kepada murid-muridnya.

يعلمهم لا إله إلا الله يشرحها لهم
Dia mengajarkan tentang kalimah *_Laa'ilaaha'illallah_* kepada mereka dan turut menjelaskan maknanya.

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah saw..

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah, beliau berusaha menanamkannya rasa beraqidah ke dalam hati murid-muridnya.

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Dulunya juga  guru itu suka memelihara burung dan kucing.

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu salah seorang muridnya menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua.

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Semakin hari guru itu pun semakin menyukai burung itu. 

وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya bersama semasa mengajar murid-muridnya.

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله.
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimah tauhid *_Laa'ilaha'illallah_*

فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Sehingga burung kakak tua itu mengucapkan ( *_laa'ilaaha'illallah_*) siang dan malam. 

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي؟
Pada suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis.

وينتحب وعندما سألوه
Dan ketika ditanya guru sedang menangis teresak-esak. 

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Maka dia pun menceritakan kucing telah menerkam kakak tua itu dan membunuhnya.

فقالوا له لهذا تبكي.
Mereka pun bertanya dengan kehairanan "kerana inikah engkau menangis !"

إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منه..
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain juga yang jauh lebih baik.

رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا. 
Guru pun menjawab, bukan kerana itu aku menangis.

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi yang membuat aku menangis adalah, ketika kucing menyerang burung kakak tua itu. 

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit-jerit sehingga ia mati.

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Walhal dulunya dia selalu mengucapkan kalimah *_laa'ilaaha'illallah_*

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika kucing menerkamnya ia lupa akan kalimah tersebut.

ولم يقم إلا بالصراخ .
Dan tidak mengucapkan apa pun kecuali hanya menjerit dan merintih...! 

لأنه كان يقولها بلسانه فقط
Kerana ketika hayatnya dulu, ia hanya mengucapkan *_laa''ilaaha'illallah_* dengan lisannya sahaja.

ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها.
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

ثم قال الشيخ :
Guru pun berkata

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku takut kita menjadi seperti kakak tua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup kita sering mengulang-ulang kalimah *_laa'ilaaha'illallah_*.

بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun melupainya. 

ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Kita tidak mampu mengingatinya, kerana hati kita belum menghayatinya.

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا الله
Kemudian para muridnya pun menangis, kerana takut tidak jujur terhadap kalimah tauhid ini.

ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا!
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimah *_laa'ilaaha'illallah_* ini ke dalam hati sanubari kita?

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص،
Tidak ada sesuatu pun yang naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan.

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung daripada taufiq Allah.

و بقدر الإخلاص يكون التوفيق.
Sesuai dengan kadar keikhlasan, kita akan memperoleh taufiq daripada Allah.

من روائع ما وصلني.
Ini termasuk sesuatu yang menarik yang telah sampai kepadaku.

_Renungkan dan tiliklah ke dalam dirimu *juga utk diriku.* semoga bermanfaat_ 🌹

.............................................
 
Ustaz Hj.Suhaimi Bin Hj. Man Al-Azhary.
CEO/Group Managing Director 
MIDDLE EAST TRAVEL GROUP SDN BHD.
/Chief Mutawif Hajj & Umrah Asia - Makkah Al-Mukarramah

 *+6 017 690 3007 / +6 010 8996 927* 

Middle East Travel Group Sdn. Bhd. (METG) 
R.O.C:1086982-D KPK/LN: 7932
2-1-40, 1 st Floor, Wisma Rampai,
Jalan 34/26 Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.

Tel/Fax: +6 03 4143 4000
Hotline: +6 017 690 3007
Email: metg.umrah2u@gmail.com
/ metg.travel@gmail.com
Website: www.metg.com.my
Facebook: MiddleEast TravelGroup

CIRI PERJUANGAN KEBENARAN


Perjuangan kebenaran jelas jalannya
Jelas matlamatnya, jelas dasar dan konsepnya
Jalannya tidak perlu dicari-cari
Dasar ajarannya jelas bak matahari
Di dalam berjuang masih tercari-cari tidak akan berlaku
Mana boleh kebenaran diperjuangkan sambil mencari-cari dan mencuba-cuba
Ilmunya adalah Al Quran dan Hadis Nabi
Sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya
Rasulullah SAW akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan
Disiplin ibadahnya teratur dan penuh khusyuk dan tawadhuk
Akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka
Ramai orang tertawan dengan peribadinya sebelum tahu ilmunya dan tentang ajarannya
Sentiasa membaiki diri, sentiasa merasa berdosa
Malam mengabdikan diri kepada Tuhan
Siang berjuang bak singa lapar
Berusaha mengajak orang masuk Islam matlamat perjuangannya
Lain sekali perjuangan Islam di masa kini
Jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari
Cakap politik lebih banyak daripada mengajak orang bertuhan dan rasa bertuhan
Mengata, mengecam, perli jadi budaya
Musuhnya lebih banyak dihina daripada didoakan
Akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya 


Madah baru 42


*M201*
Kita patut belajar dengan anjing di segala hal,
malam hari dia berjaga,
siang hari dia tidur kerana tuannya.
Kita tidak sanggup berjaga diwaktu malam
dan bekerja di siang hari untuk Tuhan.

*M202*
Mengapa orang yang tinggal di tempat yang indah
tidak merasakan keindahannya,
yang merasa indah itu orang yang datang sekali sekala,
jawapannya,
I. kerana keindahannya datang dari luar bukan dalam diri.
Kalau setiap hari melihat tidak panjang umurnya,
ertinya tidak panjang merasa keindahannya.

II. Mudah jemu kerana setiap hari melihat.

III. Selalu melihat,lama-lama biasa saja.

IV. Orang tempatan sibuk dengan kerja
hingga terlupa keadaan sekelilingnya.

*M203*
Janganlah duit lebih banyak terkorban
untuk bermesyuarat dan berbincang,
daripada habis untuk melaksanakan dan tindakan.

*M204*
Kalau seseorang itu terlalu bersolek
adalah di sebabkan
pertama : 
Kerana ingin melawa dengan orang lain.
Kedua : 
Kerana hendak menampung kelemahan yang ada.
Ketiga : 
Kerana tidak mahu di hina.

*M205*
Ada orang rasa tersiksa hendak makan itu dan ini,
kerana tidak dapat,kerana kemiskinannya,tapi
lebih tersiksa lagi benda-benda yang dikehendaki
ada didepan mata,tapi justru banyak penyakit di dalam diri
doktor melarangnya.
Kalau makan juga,kalau tidak mati pun
penyakit bertambah teruk.

Madah Baru 41

M196
Pembaziran masa yang dilakukan oleh manusia
lebih banyak berlaku,daripada pembaziran wang ringgit,
tapi banyak orang tidak terasa pembaziran masa,
hampir semua orang terlibat dengannya.

M197
Ada di kalangan kita tidak setuju
kemungkaran yang tidak dikawal oleh pihak rasmi,
padahal kemungkaran itu ia tetap kemungkaran,
tidak ada kemungkaran yang halal.

M198
Selalunya nikmat Allah
yang diberi kepada hamba-hambanya
secara istidraj lebih banyak daripada rahmat.
Yang diberi secara istidraj
tidak membantu kepada bertaqwa,
yang diberi secara rahmat
boleh membantu kepada bertaqwa.

M199
Di dalam dunia ini ada orang boleh hidup
dengan pengaruh,
ada orang yang boleh hidup dengan kepandaian
ada orang yang boleh hidup dengan jawatan
ada orang yang boleh hidup dengan tenaga
ada orang yang boleh hdup dengan simpati orang
ada orang yang boleh hidup dengan warisan
ada orang yang boleh hidup kerana di pertanggung jawab,
ada orang yang boleh hidup dengan meminta.

M200
Setiap hari Allah mengantar tentara-tentaranya
memerangi dan membunuh manusia
dan memusnahkan harta benda manusia 
untuk ia memperlihatkan
kekuasaannya kepada manusia
agar manusia kembali pada Tuhan .
seperti air menghanyut,membunuh,memusnah,
angin membunuh,melanda apa sahaja,
api membakar,membunuh,dan menghanguskan,
petir menembak manusia,
gunung meletup memuntahkan laharnya,
memusnahkan apa sahaja yang memenuhi bumi,
mengamuk dan menumbangkan apa sahaja,
membunuh dan merosakkan harta benda,
tapi manusia tidak juga melihat kuasa Tuhan,
katanya " ini biasa,ini banjir",
seolah-olah semua perkara ini jadi sendiri.

KERJA PEJUANG ISLAM


Berjuang ertinya mengajak orang mengenal Allah sebagai Tuhan
Kemudian mengajak agar akui Allah adalah Tuhan yang wajib disembah
Ertinya mengajak orang masuk Islam
Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyuburkan dan meningkatkan Islamnya
Inilah kerja yang sepatutnya dibuat oleh pejuang-pejuang Islam
Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan
Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa
Berjuang bukan ajak orang masuk politik
Tidak juga untuk menyokong kita menjadi pemimpin
Datuk nenek kita dahulu masuk Islam bukan kerana masuk politik
Bukan juga kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin
Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan Tuhan itu adalah Allah
Tuhan itu wajib disembah, dicintai dan ditakuti
Menjunjung suruhan dan larangan-Nya
Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup
Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam
Kita hanya sambung sahaja kemudian memperjuangkannya
Bukan datuk nenek kita terima Islam kerana politik
Atau kerana melantik seseorang itu menjadi pemimpin
Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan matlamat perjuangannya
Bukan ajak orang masuk Islam
Tidak juga mengajak umat Islam meningkatkan Islamnya
Tapi ajak orang masuk partinya
Paling tidak mengajak orang ramai menyokong partinya
Ini satu kesilapan yang paling besar di dalam perjuangan
Satu penyelewengan telah berlaku di dalam perjuangan 

PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 HINGGA 70 TAHUN.

Prof Dr Noraiza Che Awang -
                     
Tidak ramai orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana inilah ketika yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia.

Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah) atau penghujung yang buruk (Su'ul Khatimah).

Allah swt juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37.

"Dan mereka menjerit di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."

(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seseorang pemberi peringatan? Rasakan (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolong pun."                                                 
Sahabat Sayyidina Ali ra, Ibnu Abbas ra dan Abu Hurairah ra menjelaskan firman Allah swt di atas (yang ertinya) :

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahawa ertinya sampai mencapai usia 60 tahun.

Sedangkan yang dimaksudkan 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut ulamak adalah adanya uban di kepala dan 'Pemberi Peringatan' iaitu Nabi Muhammad saw.

Rasulullah saw juga menguatkan ayat di atas (yg ertinya) :
"Allah swt memberi uzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun."
- HR Bukhari no. 6419.

Ibnu Hajar rah mengatakan : "Makna hadis" bahawa uzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, "Andai usia saya dipanjangkan, saya akan melakukan apa yang diperintahkan kepada saya".

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan tumpuan untuk akhirat.

Rasulullah saw pernah bersabda bahawa usia umatnya adalah antara 60~70 tahun.

Sedikit yang berjaya melepasinya."
- HR Tirmidzi dan Ibnu Majah.

Dan, "Pertarungan maut itu berada  di antara usia 60 hingga 70 tahun."
- HR Bukhari.

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin)  memberikan tausiah ;
"Sesiapa yang meyakini  perjumpaan dengan Yang Maha Mencipta, dia harus sedar bahawa dia akan ditanya. Dan siapa yang yakin perkara ini, dia harus menyiapkan jawapannya".

"Bagaimana jalan keluarnya?"

"Caranya mudah!"

Imam Fudhail  menjelaskan tentang  teori bertaubat: 

"Beribadah dan beramal solehlah di sisa usiamu, kerana Allah swt sangat menyayangi hamba-Nya yang mahu menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, Insya Allah.

Allah swt akan mengampunkan dosa² yang telah lalu dan memberikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di akhirat.

Ketika kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah mencapai 60 tahun atau lebih, biasakan berdo'a memohon perlindungan dari tiada daya upaya, malas, fitnah dan dijauhkan dari  siksa kubur :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.  Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain solatmu. 

Alam itu  aneh ???, 
Jenazah disusul dengan jenazah. Kematian disusul dengan kematian berikutnya.

Berita tentang kematian terus kedengaran.

*Ada yang mati kerana;*
- Kemalangan.
- Pelbagai penyakit.
- Sakit tua.
- Mati mengejut.
- Mati dalam tidur.
- Nyawa dicabut ketika buat amal seperti sedang solat (sedang sujud)
- Sedang beri ceramah agama atau beri khutbah.
- Sedang bersukan spt main bola dll.

Pendekata seribu cara kematian yang sepatutnya memberi keinsafan kpd kita.

Kita akan berhenti mendengar berita kematian bila kita sendiri yang mati.

Hariku kita pasti akan tiba,  persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tiada kembali.

Wahai orang yang menunda taubat dengan alasan kerana masih muda, kubur bukanlah untuk orang tua saja, kubur adalah tempat manusia semua usia.

Sungguh dunia ini hanya 3 hari :

*Kelmarin:*
Kita hidup dan tidak akan kembali ke kelmarin lagi.

*Hari ini* 😗
Kita masih mampu menarik nafas tapi cuma 24 jam sebelum menjelang esok.

*Esok:*
Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi meskipun telah di rancang. Minta2 tak mati lagi.

Kita makan semalam untuk hidup hari ini. Kita makan hari ini harap2 hidup esok.

Semalam dan hari ini kita masih mendapat khabar ada kematian melalui pelbagai media cetak dan elektronik, esok pasti ada lagi berita kematian. Esok atau lusa mungkin kita tidak dengar lagi berita kematian...

Kita baru saja saling bermaafan di Aidil Fitri kemudian sempat berkorban di Aidil Adha skrng kita berada dibulan kelahiran manusia agong iaitu Baginda Rasulullah SAW

Saya mengingatkan diri saya dan sahabat maya, bersedekahlah, berbuatlah amalan baik ikut cara Sunnah Baginda Rasulullah SAW kerana kita akan pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya.

Ya Allah kami memohon keredhaannmu  Husnul Khatimah dan beruntung dengan mendapat syurga dan selamat dari api neraka.

Sesiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan dan kegemaran, dia akan mati dalam kebiasaan dan kegemarannya itu.

Sesiapa yang mati dalam suatu keadaan dia akan dibangkitkan dalam keadaan itu.

Jika sahabat sudah baca tulisan ini, sahabat sudah dapat pahalanya, namun bila sahabat sebarkan dan orang lain mendapakan manfaat juga, akan dilipat gandakan pahalanya.

Wallahu a'lam bissawab.

PANTUN SELOKA ORANG² LAMO, BUKAN TUO-TUO YO.

*

*1.* Omak boli bodak,
        Boli sampai duo,
        Dulu kito budak,
        Nijam ni dah tuo.

*2.* Poi gumah Cino,
        Kojo angkek barang,
        Dulu anak toruno,
        Nijam laki orang.

*3.* Sopuluh ekor koro,
        Logam mcm arang,
        Dulu anak daro,
        Nijam bini orang.

*4.* Makan masak tocu,
        Gulai ikan guwan,
        Dulu jadi cucu,
        Nijam jadi Uwan.

*5.* Kakak anak boranak,
        Pantang jumpo gincu,
        Dulu dukung anak,
        Nijam dukung cucu.

*6.* Bini orang Maran,
        Laki orang Iban,
        Dulu gambut karan,
        Nijam gambut beghuban.

*7.* Tanam pokok pisang,
        Bawah pokok keranji,
        Dulu abang sayang,
        Nijam abang Haji.

*8.* Bini Datuk Minhat,
        Suko ungkit-ungkit,
        Dulu badan sihat,
        Nijam sakit-sakit.

*9.* Dari Sungai Batu,
        Poie Dusun Tuo,
        Dulu jadi Menantu,
        Nijam jadi Mentuo.

*10.* Makan gulai   korang,
          Konyang sampai sobu,
          Dulu mata torang,
          Nijam dah kolabu.

Madah baru 40


M191
Sekiranya seseorang itu Allah kurniakan
kepadanya kesenangan dan kemewahan,
dengan rahmat-Nya ia akan selamat.
Sekiranya ia atas dasar istidraj,
dia tidak akan selamat daripada sombong,
megah,tamak,pembaziran dan lain-lain lagi.

M192
Kekayaan dan kesenangan
kalau diberi dengan cara rahmat,
ia akan di berkati.
Sekiranya ia diberi dengan secara istidraj,
ia akan dilaknat dan akan berlaku nanti
bermacam-macam masalah yang menyusahkan.

M193
Kemajuan dan tamadun fizikal
ia bertambah berkembang dan gemilang,
tapi tamadun kerohanian bartambah pupus dan hilang.

M194
Boleh merujuk kepada Al-quran dan Hadits,
ertinya boleh membawa nas-nas dan dalil-dalil,
tidak mesti orang itu sikap dan tindak tanduknya
mengikut Al-quran dan hadits.
Tapi ada orang yang boleh bersikap
dan bertindak mengikut al-quran dan hadits
tapi tidak mendatangkan nas atau dalil
karena tidak semua orang hafaz Al-quran dan hadits.

M195
Pembaziran wang,
banyak orang terasa satu kerugian,
sedangkan Allah berkata wal 'asri
"Demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian".

BILA AKU LIHAT LAUTAN


Bila aku lihat lautan
Saujana mata memandang
Luas tidak nampak tepi
Ombak melambung dan menggulung,
bergelora tidak berhenti-hentinya
Menghempas dan memulas
Bunyinya mengerikan dan menakutkan
Dalamnya menggerunkan
Gelap-gelita, melemaskan
Hatiku membisikkan:
Kalau Neraka itu seperti ini
Julangan apinya macam ombak yang melambung,
membumbung
Bunyi apinya macam bunyi angin yang memukul ombak
Ombak yang sentiasa bergerak tidak henti-hentinya
Kalau ia api Neraka membaham penghuni-penghuninya tanpa hentinya
Itu pun sudah cukup menyeksakan
Aku tidak mampu menanggungnya
Betapalah api Neraka Tuhan
Entah berapa kali ganda dahsyatnya
Lebih lagilah aku tidak mampu menerima azabnya 


KITA DI DALAM KEKUASAAN TUHAN


Kita ini adalah di dalam kekuasaan Tuhan
Dia boleh membuat apa sahaja kepada kita
Nasib kita betul-betul di tangan-Nya
Kalau Dia hendak melakukan sesuatu kepada kita
Dia tidak peduli apa
Tapi tetap dengan hikmah-Nya
Kerana Tuhan tidak kejam macam manusia
Apa pun yang dilakukannya kepada kita
Tetap di dalam didikan dan pengajaran
Cuma apakah kita pandai menerimanya
Kita ini ibarat telur di hujung tanduk
Kalau tidak kena gayanya
Bila-bila boleh jatuh ke kiri atau ke kanan
Ke depan atau ke belakang
Kerana itulah, takutlah kepada Tuhan
Kita adalah di dalam genggaman-Nya
Terpulanglah kepada Dia apa yang Dia hendak lakukan
Aduh, cemasnya bila memandang kekuasaan Tuhan
Kita tidak punyai kuasa sedikit pun
Aduh, rusuhnya hati kita dibuatnya
Orang yang kenal Tuhan mana jiwanya boleh tenang
Sentiasa sahaja bergelora macam lautan
yang tidak henti-hentinya
Kecutnya perut, senak dada dibuatnya
Salafussoleh zaman dahulu ada yang tidak mampu untuk ketawa
Bila berhadapan dengan kekuasaan Tuhan
Ada kalanya bantut selera hendak makan
Bilamana teringat kuasa-Nya
Aduh, bagaimanalah nasib kita
Kita sungguh cemas dibuatnya 


Madah baru 39


M186
Cita-cita itu kalau tidak bertapak di bumi nyata,
angan-angan namanya,
jika bertapak di bumi nyata harapan namanya.
Mengharap diharuskan,
angan-angan dilarang.

M187
Kalau kematian tidak dapat mengajar manusia,
tidak ada jalan lain lagi
yang boleh mengajar manusia
kerana kematian itu hebat dan  menggerunkan.
Tidak ada kejadian lain
yang segerun kematian.

M188
Beberapa orang sama-sama mengorbankan harta
untuk kebajikan nilainya sama.
Katakanlah sama-sama mengeluarkan wang
untuk sedekah sebanyak RM 10.00
setiap orang itu jangan anggap pahalanya sama
kerana beberapa faktor,
pertama : 
Di segi keikhlasan sudah tentu tidak sama.
Kedua : 
Di segi susah dan senang mengeluarkannya
tidak sama,orang yang gaji kecil
sudah tentu terasa berat mengeluarkannya.
Orang yang berpendapatan besar
tidak terasa apa-apa.
Ketiga : 
kebersihan harta yang di keluarkan oleh
setiap orang itu tidak sama.

M189
Banyak orang sekarang ini ia popular
kerana harta yang dikeluarkan untuk kebajikan,
itu adalah kepunyaan persatuan
atau syarikat,atau masyarakat kampungnya,
tapi bukan wang poketnya
atau dari harta kepunyaanya sendiri.

M190
Jangan kita anggap keadilan menurut Islam itu
ialah timbangan sama berat,
ukuran sama panjang,
pembahagian sama rata,sukatan sama cukup,
keadilan sama banyak,tapi
giliran dalam islam itu ialah sama tindak tanduk kita
di dunia ini di dalam semua aspek kehidupan,
islam adalah menjadi panduan.

MADAH baru 38


*M181*
Bertemu tidak selalu mesti bersatu, bermasyarakat tidak mesti semuafakat, berpisah tidak semesti berpecah, kerana bersatu itu adalah ikatan hati.

*M182*
Orang yang hidup kerana mencari makan , dia tidak kira dimana mendapat untung, dia boleh berpaut kepada orang jahat, dan boleh berpaut kepada orang baik.  

*M183*
Oleh kerana setiap kejadian samada baik atau buruk Allah takdirkan bersebab, maka banyak manusia tertipu, yang mana sebab itulah punca kejadian itu  hingga tidak nampak lagi pencipta asbab, iaitu Tuhan.
Oleh itu selalu manusia mentuhankan sebab, sekalipun tidak menyebutnya.

*M184*
Diantara ujian Allah kepada manusia, setiap kejadian Allah tentukan dengan bersebab, padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab agar menjadi ujian kepada manusia, apakah manusia bertuhankan Allah atau mentuhankan sebab. 

*M185*
Kekayaan tidak salah dicari selagi ia halal tapi perlu diingat, ia selalunya merosakkan kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan kekayaan.

Bawa Islam Dengan Sikap Bukan Hanya Cakap


Di akhir zaman ini susah dicari mubaligh membawa Islam dengan sikap, bukan dengan cakap
Da'i-da'i di akhir zaman banyak membaca firman, bukan suri teladan
Sunnah-sunnah Rasul alhamdulillah dibacakan, malangnya tidak dikotakan
Falsafah-falsafah Islam dihuraikan, realitinya terburai, berkecai
Islam hari ini kering dengan suri teladan
Banjir dengan syarahan-syarahan dan slogan-slogan
Mabuk memperdengar dan mendengar, sepi dengan amalan
Dimandikan dengan teori, praktikal tidak disiram
Kita mahu Islam dijadikan tabiat bukan sekadar diingat-ingat
Kita mahu Islam jadi budaya, bukan istiadat
Tuhan! Engkau lahirkanlah pemimpin-pemimpin
Dan mubaligh-mubaligh membawa teladan
Bukan untuk didengar, tapi untuk ikutan 

MADAH baru 37


*M176*
Apabila kita beragama, meriah di luar rumah, sunyi sepi di dalam rumah, tanda kita beragama kerana mencari nama, bukan dari hati yang ikhlas.

*M177*
Tidak mesti orang yang dihukum itu bersalah dan tidak mesti orang yang bersalah itu dihukum, kerana di dunia ini, mana ada keadilan, kecuali dia datang sekali sekala.

*M178*
Zaman sekarang berebut-rebut orang  hendak menjadi Qadhi, ertinya berebut-rebut hendak menghukum orang.
Dahulu orang takut hendak menjadi Qadhi, walaupun dia dihukum.

*M179*
Keramat yang paling besar pada seseorang itu ialah kuat bermujahadah, dan dapat melaksanakan suruhan Allah, dan dapat meninggalkan larangan Allah.
Ia berlaku secara istiqamah , tapi banyak orang tidak tahu ia merupakan keramat. 

*M180*
Kemajuan dan pembangunan yang tidak mengikut syariat akan ada side effectnya, iaitu berlakunya kejahatan dan kemungkaran.

Baiknya Tuhan


Baiknya Tuhan, kederhakaan hamba-hamba-Nya Tuhan tidak hukum dengan segera
Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu
Tuhan bagi dia peluang, berfikir, sedar dan insaf
Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian
Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan
Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit
Atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf
Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf
Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat
Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan, ditimpa bala yang berat
Huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka
Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum
Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya
Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar,
Kemuncak penderitaan ialah Neraka
Haraplah ambil perhatian cerita ini
Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri
Masanya belum lagi terlambat
Kembalilah segera kepada Tuhan
Takutilah Allah dan cintailah Dia
Berkasih sayanglah sesama manusia
Apatah lagi sesama keluarga
Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup
Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat   


Ingatlah Tuhan Walau Di Mana



Bangun, bangun tidur sahaja di waktu Subuh, mulakan dengan Tuhan
Dia adalah Kawan Setiamu
Apabila nanti kamu menyembah-Nya, biarlah rasa puas
Kerana segala ikrar, seluruh bentuk pengaduan engkau telah panjatkan
Selepas itu kalau perlu makan, makanlah
Ingatlah lebih dahulu nikmat yang di hadapanmu itu anugerah-Nya
Dan rasakan kita tidak layak menerimanya
Tapi Allah Taala dengan kemurahan-Nya diberi-Nya juga
Agar kita merasa malu berhadapan dengan nikmat Tuhan, kerana Ia memerhatikan
Kemudian mulakanlah makan dengan menyebut nama-Nya
Janganlah lupa menyebut nama-Nya lebih dahulu
Selepas itu berjalanlah pergi membuat kerja atau menunaikan kewajipan masing-masing
Tapi ingatlah, bawa Tuhan bersama
Dia adalah Kawan Setia kita
Di tempat kerja jangan lupa lagi Tuhan bersama kita
Ia memerhati dan melihat kerja-kerja kita
Selesai bekerja, menjelang pulang ingatlah bahawa Tuhan bersama kita
Rasa malulah, jagalah mata, jagalah telinga, Dia melihat kita
Sampai di rumah, masuklah ke rumah bersama Tuhan
Apabila mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak
Sembahyanglah puas-puas
Ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan dengan sepenuh hati seperti Subuh tadi
Selepas itu tidurlah bersama Tuhan
Ertinya sepanjang hidup kita
Kita mulakan dengan Tuhan dan kita tutuplah dengan Tuhan
Di waktu itu kita mati, di waktu mana dan bagaimana pun tidak mengapa
Kerana seluruh hidup kita telah mengikut disiplin Tuhan 


MADAH baru 36


*M171*
Agama Islam bukan untuk digunakan bermusim-musim, atau tempat-tempat tertentu dan masa- masa tertentu, seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa, bahananya semua orang terkena, barulah rujuk kepada Agama.
Tapi Islam untuk setiap individu, sebarang masa, setiap tempat, di semua musim dan ketika, mana-mana saja kerana Agama Islam bukan tuntutan semasa, tapi kehendak Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Esa. 

*M172*
Banyak orang Islam memandang iman itu sekadar mempelajari atau menghafal rukun iman.
Dia tidak  nampak yang lebih mendalam dari itu, maka mereka merasakan peranan iman itu tidak sejauh manapun.
Oleh kerana itulah di zaman ini kalau kita menyebut tentang iman boleh  menyelesaikan masalah hidup, akan jadi bahan perli sahaja, atau acuh tak acuh mendengarnya, atau akan memandang dengan sinis. 

*M173*
Kaedah yang bukan syariat atau apa- apa disiplin yang bukan syariat jika diamalkan akan lahir side effect yang negatif, seperti kalau boleh membangun, akhlak pula rosak.
Boleh dapat ilmu akan diperolehi sama sifat- sifat mazmumah, seperti sombong.
Ekonomi berkembang banyak orang yang tertindas, banyak industri, berlaku pencemaran alam.

*M174*
Banyak manusia bila ada jawatan, aktif membuat kerja-kerja masyarakat.
Apabila tidak ada jawatan , dia menghilanhkan diri entah kemana perginya, tanda kerja-kerjanya dahulu untuk kepentingan pribadi. 

*M175*
Susah kita mencari kawan di zaman ini kerana sifat seorang kawan itu, jika kita bersalah dibetulkannya, jika kita betul, dia rasa gembira sama, kesilafan kita dimaafkannya, keburukan kita ditutupnya, kesusahan kita dia berusaha mengatasinya.

cerita korona

Di rumah.

Pagi terasa lain. Tak ada lagi nurse bersut datang check BP dan ambil suhu celah ketiak. Tak ada lagi doktor telefon tanya khabar. Tak ada lagi lap badan pakai towel ladybird dan lepak tepi ampaian tengok burung merpati terbang. Semua sudah jadi kenangan dan akan ditulis, dikongsi biar diingat sampai bila-bila.

Bila saya dibenarkan pulang ke rumah, bukan lah bermakna badan saya 100% sihat dan tiada lagi virus Korona dalam badan. Bukan begitu. Doktor beritahu, virus Korona masih ada melepak main pakau dalam badan cuma lemah untuk menjangkiti orang lain. Debar dalam dada, hilang deria bau dan rasa, akan beransur hilang. Ambil masa.

Adakah saya masih perlu kuarantin 14 hari? Walaupun doktor kata saya dah sihat dan tak perlu kuarantin, saya tetap duduk di rumah tak pergi jalan-jalan. Kalau keluar jalan-jalan nanti jiran ambil gambar saya pakai seluar pendek pergi 7E beli jajan dan air coke, sebar dalam group WhatsApp, tular, ha macam mana. Hilanglah kredibiliti saya yang dikenali hensem di alam maya nanti.

Adakah saya masih perlu buat swab test kali kedua? Untuk saya, doktor kata tak perlu. Kecuali rasa teruk sangat sesak nafas rasa lain macam, boleh kalau nak buat. Cuma ahli keluarga saya perlu buat swab test kedua. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ada ketuk pintu hantar surat rasmi terangkan itu ini panjang berjela. Itulah.

Tadi pagi saya mandikan Ali. Lepas mandi pakaikan pampers, dahi saya berpeluh-peluh. Mengah. Dada dup dap dup dap macam saya ini baru lepas bergelek dangdut. Saya duduk ambil nafas. Mencabar juga kalau macam ini. Tapi itulah, kerana memang tiada lagi ubat khas untuk membunuh Korona, nak tak nak, badan kena digagahkan sikit-sikit. Semua ini akan baik sendiri. Ambil masa.

Bercakap tentang ubat, ramai yang bertanya saya di ruangan komen, mesej di FB dan IG berkenaan ubat apa yang doktor berikan kepada pesakit.

Saya jawab berdasarkan situasi saya ya. Setiap pesakit situasinya lain-lain. Kes saya dikira ringan kerana tak ada sesak nafas dan tak perlu alat bantuan pernafasan. Bukanlah tak serius, cuma tak berat mana lah kiranya. Kalau ikut situasi saya, doktor cuma akan beri ubat mengikut apa permasalahan yang saya hadapi. Saya batuk, doktor telefon tanya soalan dan bagi ubat batuk. Saya sakit tekak, doktor akan beri ubat kumur. Itu sahaja. Tak ada antibiotik atau lain-lain ubat.

Dapat keluar semalam pun, tak ada ubat yang dibekalkan untuk saya bawa balik kecuali ubat gigi yang tak habis.

Hari ini masih berduyun-duyun juga kawan-kawan ucap selamat, yang tambah sebagai rakan dan yang follow saya di FB & IG saya. Alhamdulillah. Berkat doa kamu semua jugalah saya boleh keluar awal, sihat dan maintain hensem.

Walaupun saya tak tahu apa nak jadi dengan akaun media sosial saya ini bila mula dikerumuni orang sampai gambar kahwin tahun 2016 pun ada yang like (stalker sangat), tetap saya ucap syukur sebab mesej tentang Covid 19 yang saya nak sampaikan, sampai lah kiranya ke dalam kepala masing-masing tak kira kamu tua atau muda di bandar atau di desa kita semua pasti merasa bangga.

Oh ya. Saya nak beritahu yang petang semalam dan pagi ini ada kawan saya telefon. Katanya, dia dikesan positif Covid 19 setelah buat swab test kali ke dua. Kiranya, swab test kali pertama dia negatif. Kemudian dia duduk rumah bertapa, mengaji, tengok tivi, layan tiktok dengar lagu mipan, makan tidur 14 hari 14 malam, dan bila buat swab test kali kedua, dia positif.

Saya beritahu dia, rilek jangan kalut macam Alpaka.

Maknanya kawan-kawan, kalau kamu ada contact rapat dan result swab test pertama kamu negatif, jangan happy sangat pergi berjoli sakan kerana dia boleh jadi positif bila swab test kali ke dua. Kiranya virus Korona dah ada dalam badan cuma awal-awal tu dia ralit main pakau sambil makan kuaci. Bila dah masuk minggu kedua, baru dia lapar bangun mengganas cari makan gigit antibodi.

Tapi itulah, bila kawan-kawan ini telefon, saya kata lah cuba baca apa yang saya tulis di FB untuk tahu simptom dan lain-lain hal. Dia kata tak ada FB. Saya kata tak apa dan explain lah A sampai Z. Kerana hal itu lah, saya rasa saya kena bukukan apa yang saya tulis ini cepat-cepat agar orang yang tak ada FB pun boleh baca. Dan kalau saya bukukan, saya akan wajibkan semua yang follow dan like dan share status saya, beli sekurangnya dua naskah. Satu sendiri baca. Satu letak dalam peti ais. Tak beli, dikira berdosa.

Ok lah. Ali suruh tolong dia pasang trek keretapi ni. Mengah-mengah macam kena kejar badak sumbu jantan sekali pun, saya tetap akan jadi buruh kasar yang kerjanya pasang trek keretapi.

Yang Mengah,
Fatah.

#hellokorona

Disiplin Orang Mukmin


Sudahkah kita mendisiplinkan diri
Sampai waktunya kita sembahyang
Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri tidak sembahyang seorang
Di dalam pergaulan, sanggupkah kita mengutamakan orang
Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya
Kalau orang menghina, kita diam sahaja atau tidak menjawabnya
Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan
Waktu lapang adakah kita berfikir
Atau membaca atau menulis pengalaman
Atau ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang
Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan
Kalau kita hendak tidur, mampukah kita tidak tidur selepas Subuh dan selepas Asar
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullah sebelum Zuhur digalakkan
Apabila makan tidak suka makan seorang
Bila mencari rezeki cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya
Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya
Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci
Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi
Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati 


MADAH baru 35


*M161*
Yang haram bagaimanapun hendak di usahakan,tetap haram.
Haram tetap berdosa,
Yang syubhat, yang haram dan halal
telah bercampur,  hinggalah tidak dapat dipisahkan.
Yang mana halal dan yang mana haram
kesamaran harus di ambil kira.
Anggaplah yang halalnya,
tapi makruh bagi orang yang berhati-hati dengan Agama(warak),
dia meninggalkannya.
Yang halal, harus mengambilnya.
Cuma berhati-hatilah.
Jangan sampai menggunakannya
jatuh kepada yang haram.

*M162*
Hiasi majlis dengan zikrullah,
bukan dengan perempuan cantik.
Cantikkan dengan suasana tawadhuk,
bukan dengan menunjuk-nunjuk.
Serikan dengan kalimah Allah,
bukan ketawa berdekah-dekah.
Makanlah beramai-ramai secara hamba,
bukan secara tuan yang lupa daratan.
Elakkan pembaziran diwaktu makan,
jauhkan umpat keji di dalam perbualan.
Beginilah tradisi dan displin
orang mukmin di dalam majlis-majlis pertemuan.

*M163*
Kalaulah ibadah sembahyang,puasa,zakat,haji,
membaca Al-qur'an,zikir,
boleh datang Riya',ujub,sombong,sum'ah,megah,
yang boleh membatalkan pahalanya,
tentu lebih susah lagi menghindarkan mazmumah tadi
kalau kita memiliki kereta besar,pangkat besar,duit banyak,
kuasa besar,pengikut yang banyak.

*M164*
Didalam Islam amalan kebajikan kita
di suruh hidupkan dan disorok-sorokkan,
tapi zaman sekarang orang suka siar-siarkan,
ertinya syaitan turut campur tangan mengiklankan,
hilang pahalanya.

*M165*
Kalaulah umat Islam hari ini
sudah berpada dengan Islamnya,
sekadar sembahyang lebih kurang,
puasa setahun sekali,
siang berlapar,malam makan banyak,
zakat digesa,sedekah diberitahu pemberita,
siapa ikutan kita?
Kalau Rasulullah SAW sebagai ikutan,
bukankah Rasulullah SAW itu
sembahyang hingga bengkak-bengkak kaki,
menolong orang sanggup berhutang,
makanan yang berlebih diberikan kepada orang,
musuhnya diziarahi dan dimaafkan,
jirannya dijaga sekalipun kafir,
ketegasannya hingga dikurung oleh musuhnya,
kegigihannya perjuangnnya hingga 
meninggalkan kampung halaman.

MADAH baru 34

 
*M156*
Jika di dalam sembahyang hati tidak terhubung dengan Allah,
sudah pasti di luar sembahyang lebih payah.

*M158*
Kalau bala sudah merata,
dia tidak memilih siapa saja,
seperti bencana alam berlaku setiap hari,
rasuah menjadi-jadi, remaja liar,
pelajar-pelajar sudah tidak dapat didisiplinkan,
rogol, zina, dadah berlaku merata-rata tempat, krisis di mana-mana,
hingga rakyat di dalam ketakutan,
maka hendaklah setiap orang dari pada orang kecil
mahupun orang besar membaiki diri dan baiki sembahyang.
Taubatlah,
bukan sekedar ceramah, forum, peraturan, undang-undang, hukum, mesyuarat saja.

*M157*
Setiap amal ibadah itu memang ada fadhilatnya.
Begitulah rahmat Allah ke atas hambaNya,
mengurniakan fadhilat-fadhilat itu.
Tapi perlu diingat,
Kalau seseorang itu beribadah kerana fadhilat bukan kerana zat Allah,
selalunya perangai orang itu tidak berubah
dari pada mazmumah kepada mahmudah
sekalipun banyak ibadahnya.
Orang itu tertipu atau ghurur dengan ibadahnya.

*M160*
 Selagi sembahyang tidak khusyuk,
 penyakit hati(mazmumah) seseorang itu
 tidak akan dapat ditumpaskan,
 seperti sombong, pemarah, hasad, megah,
 tamak, dendam dan lain-lain.
 Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat.
 Ertinya bila Sembahyang tidak khusyuk,
 mazmumah masih wujud.
 Kalau begitu untuk menangani gejala masyarakat,
 betulkan sembahyang lebih dahulu.
 Sembahyang ubat penyakit masyarakat.
 Begitulah metodologi cara membaiki
 masyarakat menurut Islam.

 *M159*
Tujuan sembahyang kerana hendak
melahirkan rasa Kehambaan kepada Allah
Yang Maha Pencipta lagi Maha berkuasa.
Oleh itu di dalam sembahyang mesti khusyuk.
Kalau rasa-rasa tersebut
tidak ada di dalam sembahyang
bukan sembahyang namanya.

*M160*
 Selagi sembahyang tidak khusyuk,
 penyakit hati(mazmumah) seseorang itu
 tidak akan dapat ditumpaskan,
 seperti sombong, pemarah, hasad, megah,
 tamak, dendam dan lain-lain.
 Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat.
 Ertinya bila Sembahyang tidak khusyuk,
 mazmumah masih wujud.
 Kalau begitu untuk menangani gejala masyarakat,
 betulkan sembahyang lebih dahulu.
 Sembahyang ubat penyakit masyarakat.
 Begitulah metodologi cara membaiki
 masyarakat menurut Islam.

Orang Bertaqwa Perikemanusiaannya Amat Tinggi


Orang bertaqwa itu peri kemanusiaannya amat tinggi sekali
Timbang rasa amat menonjol di dalam kehidupannya setiap hari
Dia tidak boleh melihat orang lain susah, dia susah hati
Dia pun simpati dan kasihani, menolong dan memberi
Orang susah dia bantu, orang sakit dia ziarahi
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya
Anak-anak yatim, janda-janda dia sentiasa membantu dan tunjuk  kasih sayangnya
Kesenangan orang lain pula, dia pula yang rasa senang dan gembira
Di dalam pergaulan boleh bertolak ansur dan berlebih kurang
Mengutamakan orang lain jadi budaya hidupnya
Maaf-bermaafan, berkasih sayang, bertolong bantu mudah sekali
Bertegur sapa, beramah mesra kepada sesiapa sahaja
Orang bertaqwa peri kemanusiaannya tinggi sekali
Tidak mengata, tidak mencerca, tidak menipu daya
Boleh membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya
Apatah lagi orang yang membuat baik kepadanya
Dengan kawan taat setia, dengan guru, ibu bapa, pemimpin mereka hormati
Orang yang jahat dia tidak membalas kejahatan kepadanya
Bahkan didoakannya orang itu mendapat hidayah daripada Tuhan
Begitulah sifat orang bertaqwa, sungguh tinggi peri kemanusiaannya
Kalau ramailah orang yang bertaqwa, amanlah masyarakat
Hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama dan harmoni 


Apabila Kehilangan Tuhan


Kalau kita tidak ada ibu bapa sahaja pun, kita terasa kehilangan yang amat banyak
Kehilangan kasih sayang, kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat berlindung, kehilangan tempat mengadu
Kita tidak punyai ibu bapa, terlalu banyak kekurangan yang kita rasa
Kehilangan ibu bapa, terasa perit hidup ini,
Kerana kehidupan kita urus sendiri  
Itu baru kehilangan ibu bapa
Kita rasa dagang dan asing hidup ini
Kalau kehilangan Tuhan bagaimana?!
Tentulah kita kehilangan segala-galanya 
Sama ada kita sedar mahupun tidak
Kehilangan Tuhan, kita kehilangan seluruh aspek kehidupan kita
Mungkin kita tidak terasa secara mengejut atau secara mendadak
Tapi kita akan terasa sedikit demi sedikit, 
Kita akan terasa perlahan-lahan bahananya
Bahkan kalau kita panjang umur, apa yang ada pada kita,
Macam tidak ada erti apa-apa jika kehilangan Tuhan
Kerana itulah kita jangan sombong, kita perlukan Tuhan
Kalau kita dapatkan Tuhan, miskin pun masih rasa bahagia,
Di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan
Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan
Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Tidak dapat Tuhan, walaupun segala-galanya dapat,
Kita rasa macam tidak dapat apa-apa
Hujah kita, kerana di dalam hidup ini, ada orang sudah dapat segala-galanya, tapi bunuh diri
Ertinya segala-gala yang diperolehinya itu sudah tidak ada erti apa-apa
Ada orang tidak dapat segala-galanya, kerana dapat Tuhan dia tenang,
Masih bahagia seolah-olah dapat segala-galanya
Maha Besar Tuhan, 
Dapat Tuhan itu rahmat, dapat Tuhan berkat,
dapat Tuhan tenang dan bahagia 


MADAH BARU 33


*M151*
Beramal ibadah kerana fadhilat, selalunya ibadahnya itu tidak boleh mengubah perangai jahatnya kepada baik

*M152*
Seorang yang lemah melaksanakan syariat, ada kalanya ia lebih baik dari pada yang lahir nya sempurna syariat, apabila orang yang bersyariat itu
lebih banyak mengumpat
terhadap orang yang agak lemah syariatnya.

*M153*
Selalunya orang yang memandang besar dengan amal ibadahnya banyak kedatangan ujub, riak dan sombong
dengan amal ibadahnya itu. 
Dia telah
melupakan Allah
kerana mengingat amal kebajikannya.

*M154*
Orang yang bergantung kepada amal ibadah,
ibadahnya menghijab diantaranya dengan Allah.

 *M155*
Setelah kamu beramal ibadah,
lupakan saja amalan-amalan itu
karena dua sebab:
Pertama,
      Kalau dapat disempurnakan
      dia bukan kepunyaanmu,
      ia kepunyaan Allah.
Kedua,
      Kalau kamu beramal tidak sempurna
      maka amalan itu ia telah tertolak,
      ertinya tidak ada amalan kamu.

MADAH baru 32

 
M146
Seseorang itu lebih sibuk menuntut ilmu daripada sibuk mengamalkannya, dia sentiasa dicerca oleh Allah.
Kalau satu bangsa itu mabuk dengan ilmu, tidak mabuk dengan menangamalkannya, tanda bangsa itu berpecah belah.
Kalau satu bangsa itu pesat membangun, tapi tidak mengikut syariat Allah, akan lahirlah  gejala- gejala masyarakat yang menyusahkan semua pihak.

M147
Orang yang berilmu kenalah mengamalkan, merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil, menyampaikan, bertanggungjawab, sabar.
Orang yang kaya kenalah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin, bertanggungjawab. 
Pemimpin kenalah adil, penyayang, merendah diri, bertanggung jawab, sabar.

M148
Terimalah pahala-pahala percuma dari Allah yang bukan daripada perbuatanmu, seperti sakit, miskin, orang hina, bencana alam, dan sebagainya, tapi kebanyakan orang tidak bangga menerimanya. 

M149
Pahala dari sebab-sebab sakit, miskin, orang hina, bencana alam, lebih selamat daripada pahala-pahala amal ibadah kita, kerana itu susah hendak dimasuki oleh riak dan ujub. 

M150
Orang yang beramal ibadah kerana mengejar fadhilat boleh menghijab diantara hamba dengan Allah.

Ingatlah Jasa Mereka


Kalau engkau mengadap hidangan
Fikirkanlah berapa ramai orang yang terlibat membuat jasa kepada engkau
Nasi jasa petani, ikan jasa nelayan
Sedangkan mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang
Ada makanan dari jasa-jasa buruh kilang
Mereka miskin dan papa dari kita
Jika engkau berpakaian ingatlah berapa ramai pula orang yang menyediakannya
Sedangkan gaji mereka tidak seberapa
Mereka melarat dan menderita
Di waktu engkau menaiki kenderaan yang mewah
Ingatlah berapa ramai buruh-buruh kasar yang menyiapkannya
Padahal mereka tidak pernah menaikinya
Engkau senang-senang menaikinya
Begitulah kalau setiap apa yang engkau makan dan apa yang engkau rasa,
Engkau renung sejenak memikirkannya
Engkau akan insaf dan sedar
Berapa ramai orang yang telah berjasa kepada engkau
Engkau akan bertimbangrasa kepada mereka
Engkau akan belas kasihan kepada mereka yang miskin dan papa   

MADAH baru 31


*M141*
Untuk menumbuhkan institusi ilmu, sekolah untuk ilmu, jabatan untuk ilmu, halakah ilmu, kementrian ilmu, mudah, tapi banyak orang lupa untuk menubuhkan sama di sudut pendidikan ummah, susah.
Ilmu hanya sebagai panduan, pendidikan memberi penghayatan dan kesan.
Di akhir zaman ini yang lemah di segi pendidikan.
Oleh sebab itulah kita tidak hairan di pusat-pusat pengajian, berlakunya gejala yang tidak sehat.

*M142*
Menghafal rukun iman itu baru bersifat ilmu.
Kalau tiada penghayatan, belum boleh lagi dikatakan beriman.
Tanda penghayatan ialah rukun iman dapat dijadikan panduan di semua tindakan di dalam kehidupan.

*M143*
Memberi ilmu kepada orang mudah, jika seseorang yang memberi itu ada ilmu.
Tapi untuk mendidik orang bukan sebarang orang, iaitu, orang yang dirinya telah dipimpin oleh Allah.

*M144*
Untuk menjadi mubaligh atau dai' mudah, untuk menjadi sebagai Mursyid amat susah.
Mursyid orang yang dirinya telah terpimpin, mubaligh atau dai' tidak mesti.
Mampu sahaja menyampaikan ilmu, sudah boleh jadi mubaligh.

*M145*
Orang yang berilmu kalau dia sedar yang dia berilmu, ertinya orang itu telah membataskan ilmu itu setakat yang ada pada dirinya, tidak ada lagi dimana- mana pada orang lain.

Agama Adalah Seluruh Kehidupan


Agama adalah seluruh kehidupan
Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan ihsan adalah  patinya atau ajaran terpokok
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej, jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama dari Tuhan
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah daripada hablumminallah
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku di mana-mana
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat, di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan
Di rumahtangga, di dalam perhubungan, di dalam negara atau antarabangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga, di dalam pendidikan formal atau tidak formal
Berkasih sayag, rasa bersama bekerjasama, bersatu-padu adalah agama
Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan, di dalam mesyuarat, di dalam bersukan mesti ada agama
Bertimbang rasa, peri kemanusiaan, bertolak ansur, berlapang dada,  agama juga
Di waktu memandu di jalanraya, membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan, bekerja di kilang, semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara, menjaga keselamatan dan keamanan juga agama
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat, tidur dan baring adalah agama
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham selama ini oleh kita
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata ibadah rukun  Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana, selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya, itu ibadah umumlah namanya                       
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara, di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung, di padang pasir, selagi ada manusia
Kalau agama berlaku di mana-mana, ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja, selagi ada manusia
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja, selamatlah manusia
Kerana maknanya agama itu tidak kacau mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan, 
Ertinya aman damai, harmoni, bahagia
Tapi makna agama itu telah dipersempit, maka manusia hidup huru-hara di mana-mana, bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana 
Kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit 

MADAH baru 30

 

*M131*
Teori dan praktis selalu berlawan.
Pengakuan dan amalan selalu bertentangan.
Perkara yang lojik selalu mengecewakan.
Janji selalu sahaja tidak bertepatan.
Berbincang selalu sahaja membawa perbalahan.

*M132*
Seorang yang mengetahui sesuatu perkara
dengan pengalaman bukan pelajaran (teori),
boleh berbuat, susah hendak disyarahkan.
Seseorang yang mengetahui dengan teori,
boleh mensyarahkan, kurang mahir di segi perbuatan,
kecuali dia berpengalaman sama.

*M133*
Petah bercakap tidak semestinya pandai.
Tidak petah bercakap tidak semestinya bodoh.
Tidak mesti pandai bercakap pandai menulis.
Begitu juga,
tidak mesti pandai menulis, pandai bercakap.
Tidak mesti pandai berteori pandai berbuat.
Begitu juga,
tidak mesti pandai berbuat pandai berteori.

*M134*
Pencinta ilmu tertarik daripada ahli pidato
ke atas isi ucapannya.
Orang yang emosional atau darah muda
tertarik dengan kepintaran berbahasanya,
kurang minat dengan isi.

*M135*
Jarang sekali tamadun yang dibangunkan
oleh orang-orang dahulu
yang dapat disaksikan hingga ke hari ini,
yang bersifat fisikal,
dibangunkan oleh orang-orang kerohanian,
tapi, kebanyakan dibangunkan oleh orang-orang yang berkuasa dan tokoh dunia.

AKHLAK MULIA BUNGA DIRI


Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri
Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi
Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati
Akhlak bunga diri, nilai diri manusia
Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati
Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati
Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi
Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah
Haloba, tamak, gila puji, gila nama 
Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak
Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati
Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah
Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin, orang hormat berpura-pura
Orang takut sayang tiada
Orang kaya, orang segan hormat tiada
Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat
Kata-katanya tiada didengar lagi
Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya
Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya
Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi
Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita
Muka buruk pun dipandang cantik
Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik
Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri
Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya
Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri
Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya
Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata 
Mereka itulah menjadi model di dalam negara 


CARILAH SYAFAAT



Banyakanlah selawat, engkau akan dapat syafaat Rasulullah
Berkawanlah dengan orang-orang yang soleh, 
Mereka juga boleh memberi syafaat
Carilah mursyid, bergurulah dengannya, 
Dia juga boleh memberi syafaat dengan izin Allah
Beradalah di dalam jemaah di kalangan mereka yang soleh, 
Juga dapat keizinan memberi syafaat
Ibu bapa yang soleh juga diizinkan memberi syafaat, taatilah keduanya
Di kalangan keluarga yang bertaqwa juga boleh memberi syafaat
Amal kebaikan yang dipandang besar yang sangat ikhlas juga memberi syafaat
Di kalangan kawan-kawan yang soleh juga memberi syafaat sebagai memberi kehormatan kepadanya
Takut sangat dengan Allah Taala juga memberi syafaat kepada tuannya
Al Quran yang dihafal juga memberi syafaat kepada yang menghafal
Di sini fahamlah kita saluran syafaat terlalu banyak dan luas
Ini menunjukkan kasih sayang Tuhan dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya terlalu besarnya
Oleh itu carilah sebab-sebab yang boleh mendatangkan syafaat
Pelbagailah usaha untuk mendapatkan syafaat
Ini baru fasal syafaat telah memberi khabar gembira kepada kita
Ini belum lagi amalan-amalan yang lain yang boleh menyelamatkan seseorang hamba
Betapalah taqwa seseorang lebih-lebih lagi akan menyelamatkannya 


AKHLAK MULIA BUNGA DIRI


Akhlak-akhlak mulia adalah bunga-bunga diri
Kecantikan dan keindahan pada taman peribadi
Orang melihat senang hati, banyak orang jatuh hati
Akhlak bunga diri, nilai diri manusia
Tiada bunga diri, tiada harga diri, tiada siapa menghormati
Tiada harga diri, tiada siapa pun simpati
Bahkan orang benci, orang selalu caci dan tidak disenangi
Pemarah, sombong, hasad dengki adalah kudis-kudis, pekung-pekung yang bernanah
Haloba, tamak, gila puji, gila nama 
Danur-danur busuk pada diri yang meloyakan tekak
Orang benci, orang lari, orang caci, orang tidak senang hati
Tanamlah bunga di dalam diri, sebagai taman yang indah
Jika tiada bunga diri, kalau pemimpin, orang hormat berpura-pura
Orang takut sayang tiada
Orang kaya, orang segan hormat tiada
Ulama tiada bunga diri, orang tiada hormat
Kata-katanya tiada didengar lagi
Jika berlaku pada pemuda, orang tolak pinangannya
Pemudi tiada bunga diri, orang takut meminangnya
Akhlak bunga diri, taman indah berseri pada peribadi
Tanamlah bunga dengan banyaknya dalam taman diri kita
Muka buruk pun dipandang cantik
Muka yang cantik apatah lagi bertambah cantik dan menarik
Jika ramailah di dalam sebuah negara rakyatnya mempunyai taman bunga diri
Rakyat-rakyatnya dimulia, negara bangga, agama bertambah tinggi nilainya
Setiap peribadi kenalah berusaha menanam bunga di dalam diri
Terutama para ulama, para pemimpin dan orang-orang kaya
Kerana mereka tempat pandangan rakyat jelata 
Mereka itulah menjadi model di dalam negara 


MADAH baru 29

 

*M121*
Barang yang berharga seperti
intan,berlian,emas, perak,
dia tidak diletakkan di sebarang tempat,
tempatnya terbatas,
dia dijaga dan dikawal pula.
Begitulah wanita Islam
kerana Islam memandang 
mereka sangat berharga.
Dia tidak boleh di letakkan di sebarang tempat.
Dia mesti ditempatkan ditempat yang selamat
dan dijaga pula.
Oleh itu kalau wanita Islam
sudah suka diletakkan di sebarang tempat
kemudian tidak perlu dijaga,
ibarat barang,dia sudah sama dengan asam,
garam,ikan masin,belacan,
boleh diletakkan di mana-mana dan
tidak perlu dijaga.
Diwaktu itu bermacam-macam serangga
akan datang mengurunginya.

*M122*
Di antara sebab-sebab wanita tidak boleh di kontrol
oleh suami di zaman ini,
pertama,sudah tentulah faktor kelemahan iman,
selain itu,setengah istri ilmunya lebih tinggi dari suami,
atau jawatannya lebih tinggi dari suami,
atau lebih kaya daripada suami.

*M123*
Kalau seorang perempuan itu
keluar daripada rumahnya tidak menutup aurat
ertinya,setiap lelaki yang memandang
kecantikan perempuan itu
berkongsi dengan suaminya,
suaminya menjadi dayus,
sebanyak lelaki yang melihat,
sebanyak itulah dosa yang diterima oleh
perempuan itu dan suaminya,
dan kalau dia belum berkahwin
ibu bapanya yang menerima dosanya bersama.

*M124*
Berhati-hatilah melihat perempuan,
suaranya menawan hati,
melihat tubuh badannya merangsang nafsu,
godaanya selalu menangkap,
tipu dayanya selalu mengena.
Hendak bertindak keatasnya
selalu tak sampai hati.
Oleh itu,
bergaul dan bercakaplah dengan mereka
sekadar yang perlu.
Bersunyi,berdua-duaan jangan sekali
kerana syaitan akan ada sama
menjadi orang yang ketiga.

*M125*
Di dalam sebuah keluarga jika  anak perempuan,
bererti dalam diri mereka itu ada intan berlian.
Intan berlian orang letak dalam kotak yang tertutup,
di suatu tempat yang khusus dan rahasia lagi mulia.
Jika keluarganya sudah suka mereka keluar rumah
bebas kemana-mana,
seperti intan tadi diletakkan di tepi jalan,
tempat lalu lalang manusia.
Apakah intan berlian itu selamat dari di curi orang?

KEPERLUAN MANUSIA TERLALU BANYAKNYA


Keperluan manusia terlalu banyaknya
Untuk mendapatkan keperluan hidup itu memang dibenarkan
Keperluan hidup manusia itu di antaranya
Ialah makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan
Alat-alat kemudahan di dalam mengendalikan kehidupan terlalu banyak pula
Isteri atau suami sebagai kawan di dalam kehidupan dan juga untuk hiburan
Anak dan cucu untuk menyambung perjuangan
Tapi ramai manusia dirosakkan oleh keperluan-keperluannya
Sama ada rosak di dalam mencari, atau rosak di dalam menggunakannya
Kerana itulah manusia perlu kepada Tuhan
Sebagai idola dan cinta agungnya untuk memelihara, mentadbir, menjaga,
Memimpin dan menyelamatkannya
Syariatnya itu adalah jalan atau panduan di dalam mengendalikan keperluan hidup manusia
Sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan idolanya,
Dan juga menjadikan syariat-Nya panduan di dalam mengendalikan keperluan kehidupannya,
Pasti Tuhan akan selamatkan mereka daripada dirosakkan oleh keperluan kehidupannya
Sesiapa yang kehilangan Tuhan dan tidak berpandukan syariat-Nya,
Mereka akan rosak, 
Dirosakkan oleh keperluannya sendiri.
Keperluan manusia itulah yang menghancurkan kehidupan manusia
Sama ada disedari atau tidak disedari
Sedangkan keperluan kehidupan manusia itu adalah kawan di dalam hidupnya
Tapi kebanyakan kawan-kawannya itu tidak setia
Kerana selalu sahaja menipu dan mengkhianatinya 


Madah baru 28



*M116*
Kalau kita takut membuat kerja-kerja akhirat
apakah ada jaminan kita tidak akan susah
membuat kerja-kerja dunia?

*M117*
Kalau seseorang itu di anggap bodoh 
kerana tidak membuat persiapan di hari tua,
yang masanya terlalu terbatas,
logiknya lebih bodoh lagilah,
orang yang tidak membuat persiapan
di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.

*M118*
Di dunia dapat kita rasakan,kalau kita dihukum dengan
dimasukkan ke dalam sel
sekian-sekian tahun lamanya,
diwaktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,
kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun
tidak boleh buat apa-apa.
Mengapa tidak terfikir oleh kita,
di akhirat kelak segala-galanya tadi
lebih tidak berguna
dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu,janganlah kita berbangga dengan itu semua.

*M119*
Banyak orang mampu berhadapan 
dengan gunung yang tinggi
sungai yang dalam,lautan yang luas
hutan yang tebal,lurah yang payah
tapi bila berhadapan dengan wanita dan wang ringgit
dia menyerah kalah.

*M120*
Jika seorang wanita itu,
sifat malunya sudah hilang,
ertinya mutiara berharga pada dirinya sudah hilang.
Diwaktu itu kecantikkan fitrahnya sudah punah.
Kecantikkan tarikan nafsu yang terserlah.

ENGKAU BOLEH BELAJAR DENGAN JIWA ENGKAU SENDIRI


Sepatutnya engkau boleh belajar dengan jiwa engkau sendiri
Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi
Ilmu Islam hanya menguatkan sahaja 
Fitrah semula jadi manusia sama sahaja
Apa yang dimaksudkan boleh belajar dengan jiwa atau perasaan sendiri?
Iaitu jiwa kita kan suka dikasihi orang
Begitulah perasaan orang lain
Sepatutnya kita boleh memberi kasih sayang kepada orang lain pula
Jiwa kita suka dibantu terutama di waktu kesusahan
Mengapa kita tidak suka membantu orang seperti kita suka dibantu?
Jiwa kita terhibur kalau ada ilmu, kekayaan dan lain-lain kesenangan,
Sepatutnya kita rasa terhibur dengan keistimewaan orang lain 
Sepertimana yang kita rasa dan suka
Cukuplah itu contoh yang kita datangkan
Jadi manusia boleh belajar dengan jiwa dan perasaan sendiri
Cuma ilmu Islam datang menyuburkan sahaja atau menguatkan sahaja
Namun demikian tidak ramai orang boleh belajar dengan jiwa sendiri
Kerana itulah perikemanusiaan sudah hilang, bertimbang rasa dengan manusia sudah gersang
Kehendak jiwa sendiri tidak dapat diapplykan kepada orang lain
Sepertimana orang lain juga tidak dapat lakukan kepada kita
Kerana masing-masing terlalu mementingkan diri
Cintakan Tuhan sudah hilang dari jiwa manusia
Akibatnya cinta sesama manusia kering-kontang 


MADAH baru 27



*M111*
Ilmu yang tinggi, pangkat yang besar, harta yang banyak, pengikut yang ramai, kuasa menghukum di tangan belum menjamin mendapat kebahagiaan di akhirat, bahkan nikmat-nikmat ini akan ditanya.
Kalau waktu di dunia nikmat-nikmat ini disalah guna, nerakalah padahnya. 
Oleh itu siapa yang Allah anugerahkan nikmat-nikmat tadi, takutlah dengan Allah dan gunakanlah nikmat itu untuk mendapatkan keredhaan dan menangislah selalu nasib kita belum tahu. 

M112
Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantikkan, diperluaskan dan dibanyakkan, dijaga dan dikawal, tapi, amalan akhiratnya dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi, tidak dijaga dan dikawal, tanda orang itu akan menyesal di akhirat kelak.

*M113*
Lumrah berlaku di dunia ini, para nelayan, nasibnya seperti ikan yang diburunya.
Kalaulah ikan-ikan itu rezekinya tidak pernah disimpan begitulah para nelayan, rezekinya juga jarang disimpan.
Kalaulah ikan-ikan selalu sahaja kena jebak oleh pukat-pukat nelayan begitulah juga para-para nelayan, selalu sahaja dijebak oleh taukeh-taukeh ikan.

*M114*
Kalau kita hidup 70 tahun, bermula waktu lahir hingga 7 tahun, hidup yang tidak tahu apa-apa dan tidak merdeka.
7 tahun hingga 20 tahun, hidup yang belum merdeka kerana masih dikungkung oleh ibu bapa.
20 tahun hingga 55 tahun, hidup yang merdeka dan selesa.
55 tahun hingga 70 tahun hidup yang sudah tidak selesa, kalau dipanjangkan lagi oleh Allah, berhadapan pula dengan hidup yabg tidak berguna dan menyusahkan manusia.
Keindahan hidup pada seorang itu sekadar 35 tahun, kalau dipanjangkan umur selepas itu, berhadapan pula dengan kehidupan yang tidak berkesudahan, syurga atau neraka, tidak gerunkah kita?

*M115*
Kalau kita tidak boleh sabar membuat kerja-kerja akhirat, apakah kita boleh sabar kelak di dalam neraka?

ISLAM ADA BERBAGAI ASPEK





Islam ada berbagai-bagai aspek
Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran, menegakkan hukum ibarat membuat pagar dan benteng pertahanan
Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda dan perkara yang hendak dijaga dan dikawal
Agar benda dan perkara itu selamat daripada dirosakkan
Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng ialah kebun buah-buahan, taman bunga, ladang tanam-tanaman dan ternakan
Ini dinamakan aspek luaran
Ia di luar diri yang hendak dipagar
Aspek yang penting di dalam Islam ialah cintakan Tuhan dan rasa bertuhan
Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir, penjaga, penyelamat dan idola manusia
Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya
Itulah dia jalan kepada Tuhan
Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia di dalam diri manusia
Seperti berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, pemalu, tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama
Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain, hormat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan
Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya kehidupan yang murni dan harmoni
Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan 
Kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan
Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan,
Taman-taman bunga, kebun sayuran, biji-bijian dan ternakan
Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara, menegakkan hukum dan pentadbiran kerana hendak melindunginya
Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan, orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia
Agar dengan adanya negara, hukum dan pentadbiran dapat menjaga ini semuanya
Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal, syariat belum dihayati, akhlak yang mulia belum wujud lagi
Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum dan pentadbiran?
Apa yang hendak dijaga?
Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan belum ada, taman bunga belum wujud
Ladang sayuran dan makanan pun belum ada
Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman agar tidak dirosakkan oleh musuh
Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud
Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola, syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia sudah menjadi pakaian manusia
Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat lahir dan batin
Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati, 
Akhlak yang mulia belum wujud lagi
Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu, hayati syariat, tegakkan akhlak
Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara dan pentadbiran lebih dahulu
Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu
Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita 

MADAH baru 26



*M106*
Banyak manusia membuat persiapan untuk dewasanya, seterusnya, membuat persiapan untuk masa tuanya.
Jarang sekali manusia membuat persiapan di masa selepas matinya. 

*M107*
Mengapa nikmat dunia itu tidak.puas-puas pada seseorang? kerana nikmat dunia itu selalu saja menjemukan atau selalu saja mengecewakan.
Lantaran itu ingin cari lagi atau ingin pula cari yang lain.

*M108*
Mengurus dan mentadbir dunia sepertilah mentadbir gadis cantik, jarang orang tidak digodanya, kebanyakan orang menyerah kalah kepadanya.
Oleh itu tadbirlah dunia ini, tapi kenalah berhati-hati dan memerlukan jiwa yang kuat agar kita tidak digodanya.

*M109*
Dunia ini boleh dikatakan seperti ular, kalau tidak pandai menjaga dan mengawalnya kita akan dipatuknya.

*M110*
Kita ini ibarat kereta yang sedang berjalan menuju ke destinasinya, yang di belakang makin jauh ditinggalkan, yang dituju makin dekat.
Begitulah manusia, perjalanannya makin dekat ke kubur.
Rumah, keluarga dan harta makin jauh ditinggalkan tapi manusia tidak terasa pun hendak mencari bekal untuk dibawa kesana.

Orang Yang Tertipu Dengan Ibadah



Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati
Cintakan Tuhan apatah lagi
Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan
Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka
Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat
Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela
Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah
Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya
Tawakkalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka
Kadang-kadang di dalam perbualan nama Tuhan kurang sangat disebut
Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya
Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja
Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh
Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati dengan mereka
Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa
Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka 

Menahan Marah Suatu Keutamaan


Menahan Marah Suatu Keutamaan

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَجَرَّعَ عَبْدٌ جَرْعَةً أَفْضَلَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ جَرْعَةِ غَيْظٍ يَكْظِمُهَا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ تَعَالَى

Daripada Ibnu Umar RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih utama di sisi Allah daripada ia menahan amarah. Ia menahannya kerana mencari ridha Allah Ta'ala." (HR Ahmad No: 5842) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Marah adalah sifat semula jadi pada setiap manusia. Ia perlu dikawal agar tidak berlebihan dan melampaui batas hingga terkeluar dari kewarasan dan kematangan akal serta tuntutan agama. 

2.  Keutamaan seorang Muslim ialah  menahan sifat amarah.

3.  Islam mengajar agar mengawal dan menahan sifat amarah semata-mata kerana mencari keredaan Allah. 

4. Nasihat Rasulullah SAW kepada sahabat seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي‏.‏ قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ ‏"‌‏.‏ فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ ‏

Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi SAW, dan Nabi bersabda: Janganlah kamu menuruti amarah. Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Bukhari No: 6116)

5. Allah SWT menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:

وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

...dan apabila mereka marah, mereka segera memaafkan. (al-Syu’ara’ ayat 37)

Berlatihlah  menahan sifat amarah  kerana mencari keredaan Allah.

02hb Nov 2020
16hb Rabiul Awal 1442H

TIDAK LEBIH 1500 TAHUN


Sekadar perkongsian pandangan, terima atau tidak,terpulang, jika ada yang ingin memberikan pandang, boleh kongsi bersama.. 

Petang ini kita cuba rungkai maksud hadis Rasulullah SAW, "umat ku tidak sampai 1500 tahun," dan "setiap 100 tahun pemerintahan islam akan kembali."

Kita mula kiraan, 

1) 1500 hijrah -1442 hijrah = 58 tahun hijrah

*Bermakna ada lagi 58 tahun usia umat Nabi Muhammad

1442 h = 2020 tahun gregori
2020 + 58 = 2078

*Bermakna umat islam hidup di dunia tak sampai tahun 2078.

2) Khilafah islam terakhir yakni Uthmaniah jatuh pada tahun 1924. 

1924 + 100 = 2024

*Bermakna tahun 2024 cukup 100 tahun akan muncul khalifah islam, boleh jadi time ni Imam Mahdi akan muncul

Ada padangan yg mengatakan imam mahdi akan bersama kita selama 7 ke 9 tahun,  kita ambillah 9 tahun .

2024 + 9 = 2033

Ada pandangan yang mengatakan imam mahdi akan wafat tahun ke 9 dia memerintah,  selepas tu Nabi Isa akan memerintah dunia selama 40 tahun dengan aman, jadi...

2033 + 40 = 2073

*Jika dibanding dengan hasil yang kita dapat tadi, umat islam di dunia tak sampai 1500 tahun, yang jatuh tahun 2078, di bandingkan dengan 2073, ini seperti menunjukkan kiraan kita tu tepat..  

Jika benar jangkaan ini, sekitar 2024 hingga 2033, lingkungan 9 tahun tu,  time tulah Dajjal keluar,  Nabi Isa turun,  Yakjuj Makjuj dibunuh Allah, ini yang Rasulullah SAW katakan,  ia akan berlaku cepat seperti bijih tasbih berjatuhan terputus talinya...

Jika benarlah ilham yang saya dapat, tanda besar sebelum kiamat ni kita lah yang bakal melaluinya..  Fuh...  Kecut perut juga memikirkan nasib ummah..  

Cuma bila dilihat keadaan arus semasa seperti 5G spektrum,Elon Musk,Bill Gates, Covid19, Nanotech vaccine,Bluebeam project,digital money,persiapan singgahsana Dajjal di Madinah & Israel, sapi merah red haifer untuk korban ritual penyembahan yg sudah sedia, tanda bintang berekor melintasi bumi di bulan ramadhan pada tahun 1982.Ini biasa berlaku setiap kelahiran khalifah agung Allah, jika benar Imam Mahdi lahir tahun tu,  umur 40 tahun dia akan dibaiat, ia jatuh tahun 2022.. 

Lebih kurang dengan kiraan dari kerajaan Uthmaniah jatuh..  Jadi Imam Mahdi berkemungkinan akan muncul 2022-2024..

Hati saya kuat mengatakan bahawa masanya sudah dekat,  sangat dekat....

Apapun Allah SWT jua yang maha mengetahui.. Ini bukan menilik ya,  dalam islam kita boleh menjejaki time line Allah,  supaya kita nampak hala tuju kita dihadapan..  Sebab tu Rasulullah SAW  bersabda, "awaslah dengan firasat org mukmin."

Jadi bila dapat ilham,  relate kan dengan quran,  hadis, dengan pandangan ulama yang ahlinya,  lepas tu relate kan dengan keadaan semasa,  macam tu la kita mencari jalan kemenangan dalam agama dan keselamatan dari musuh.. 

Semoga bermanfaat...

#akhirzaman #bangsarahsia #melayu #nusantara

Bumi Tuhan... Bersaksilah