Masuk jemaah bukan hendak mencari kepentingan diri.
Datang ke jemaah dengan tujuan hendak membaiki diri.
Seorang diri tidak mungkin boleh baiki diri sendiri.
Di dalam jemaah, mursyid yang memberi ilmu dan mendidik diri.
Tuhan menyuruh mesti berada di dalam jemaah, ia adalah Sunnah Nabi.
Ia boleh membawa rahmat, boleh berkubu membenteng diri.
Tidak ada jemaah, macam kambing mudah ditangkap oleh serigala jika bersendiri.
Berapa di dalam jemaah adalah wajib oleh Tuhan dan Nabi.
Tuhan tidak membenarkan umat Islam hidup sendiri-sendiri.
Setidak-tidaknya di dalam jemaah ada perpaduan lahir sekalipun belum perpaduan hati.
Lama-lama, perlahan-lahan setelah ada ilmu, sesudah di hati, terjadilah kesatuan hati.
Kerana itulah masuk jemaah bukan hendak mencari kesalahan orang.
Masuk jemaah kerana mudah mencari kesalahan sendiri untuk dibaiki.
Di dalam jemaah ada mursyid memerhati, ada kawan-kawan yang menasihati.
Mudahlah membaiki diri dan meningkatkan kualiti diri.
Kalau ada kelemahan kawan di dalam jemaah bukan hendak mengata dan mencaci.
Mereka juga macam kita juga, ada mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Kalau boleh dan mampu bolehlah menasihati bukan mencaci.
Jika tidak mampu doakan mereka mendapat hidayah.
Begitulah kalau orang ikhlas dengan Tuhan dan Nabi.
Di dalam jemaah takkan tidak ada sedikit-sedikit pun kelemahan-kelemahan ahli bahkan pemimpin juga.
Kerana jemaah itu bukan jemaah Nabi dan Sahabat atau murid-murid Nabi.
Kita meminta jangan ada ahli-ahli mempunyai kelemahan peribadi.
Apakah kita mampu membaiki seratus peratus peribadi dan kelemahan diri?
Sebenarnya kita kurang nampak kesalahan sendiri kerana tidak muhasabah diri.
Kalaupun muhasabah diri ilmu kita tidak cukup menyuluh diri.
Apabila ilmu kita tidak cukup kita sangka sudah membaiki diri.
Orang yang baiki diri makin muhasabah, makin membaiki diri,
makin nampak kesalahan diri.
Kerana itulah orang bertaqwa itu di sisi Tuhan, dia anggap dirinya jahat.
Makin membaiki diri makin nampak jahat diri.
Di dalam merasakan diri lemah dan tidak baik kemudian mati.
Itulah di antara caranya orang mati yang bertaqwa.
Kalau orang rasa dirinya baik, kalau dia bertaqwa pun ditarik balik.
Tolonglah ambil ingatan jangan menipu diri.
Rasulullah kalau ditanyakan dirinya dia adalah orang paling jahat.
Jika ditanyakan kepadanya apa kata Tuhan terhadapnya barulah dia berkata,
Tuhan kata saya orang yang terbaik di dunia.
Rujuk pada diri dianggap orang yang terjahat.
Kalau rujuk kepada Tuhannya dia akan mengatakan saya orang yang terbaik.
No comments:
Post a Comment