Kenapa Ada Jurang Orang Kaya Dengan Orang Miskin?


Kalau hendak dikira lojik bahkan sepatutnya,
orang-orang besar dan orang-orang kayalah yang lebih tawadhuk dan merendah diri.
Mereka itu adalah orang-orang yang keperluannya disediakan oleh ramai manusia.
Yang ramai di kalangan mereka adalah si miskin dan golongan yang menderita.
Rumah besarnya banyak buruh kasar yang menyiapkannya.
Sedangkan buruh-buruh itu rumahnya hanya gerobok buruk dan kecil sahaja.
Makanan yang sedap-sedap dan lazat serta berzat,
buruh-buruh juga yang ramai terlibat menyediakannya.
Petani-petani yang lapar, miskin lagi susah yang berusaha menanam bahan-bahan mentahnya.
Nelayan-nelayan yang selalu menderita ke laut mencari ikan buat lauk si pembesar dan si kaya.
Padahal nelayan itu sendiri memakan ikan yang murah-murah sahaja.
Pakaian-pakaian pembesar dan si kaya mahal-mahal belaka.
Fakir miskin yang menjadi buruh kasar mengharapkan sesuap nasi menjadi tenaga pengeluarnya.
Mereka sendiri pakaiannya adalah compang-camping sahaja.
Kenderaan mereka yang cantik, mewah lagi canggih, buruh-buruh jugalah yang menjadi tenaga membuatnya.
Kenderaan itu, orang kaya dan pembesar-pembesarlah yang memilikinya.
Si buruh berjalan kaki atau naik bas turun bas sahaja.
Mereka hanya boleh melihat sahaja, tidak mampu memilikinya.
Putih mata, cicir air liur, penuh kecewa.
Rupanya makin berpangkat besar, semakin kaya,
makin ramai orang yang berkhidmat kepada mereka.
Sama ada disedari atau tidak, dikenali atau tidak.
Yang ramai itu pula kebanyakannya adalah orang-orang yang miskin dan susah.
Tapi apa yang terjadi secara lumrahnya,
orang-orang besar dan kaya yang sepatutnya merendah diri tapi berlaku sebaliknya.
Majoriti mereka itu sombong dan bangga.
Kesusahan orang miskin dan penderitaan mereka tidak pun mendapat simpati orang besar dan kaya.
Bahkan adakalanya mereka memandang rendah dan hina.
Fakir miskin terbiar tiada siapa yang membela.
Kerana itulah jurang pembesar dan kaya dengan si miskin terlalu jauh bezanya.
Padahal pembesar-pembesar selalu sahaja menslogankan perpaduan.
Mereka tidak sedar bahawa kesilapan mereka adalah salah satu faktor membawa perpecahan di kalangan etnik dan bangsa. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah