*846*
Di akhir zaman,
bulan Ramadhan meriah dengan makan minum
serta ibadah lahir
tapi hati manusia gelap gelita
dengan mazmumah
serta cintakan dunia. 
*847*
Di akhir zaman, walaupun fizikal selalu saja berdekatan
tapi hati berjauhan.
Sebab itulah perpaduan payah hendak dicetuskan. 
*848*
Barangsiapa menuduh seseorang itu bermasalah,
sedangkan dia bermasalah,
si penuduh itulah sebenarnya bermasalah. 
*849*
Kalau kita rasa susahnya miskin,
terseksanya sakit,
menderitanya ujian kesusahan
maka jangan kita suka kalau berlaku pada orang lain. 
*850*
Pemimpin yang berkarisma serta banyak memberi manfaat kepada orang,
pasti dia dikasihi kecuali orang yang hasad dengki sahaja yang membencinya.
 

No comments:
Post a Comment