*841*
Janganlah berpuasa
setakat tidak makan dan minum,
tapi puasa jugalah hati dan fikiran daripada perkara yang sia-sia. 
*842*
Janganlah setakat memeriahkan masjid,
tapi hati tidak dimeriahkan dengan zikrullah. 
*843*
Hidupkanlah hati di bulan Ramadhan dengan membesarkannya,
tawadhuk dan khusyuk kepada-Nya,
rasa malu dan takut,
cinta dan rindu,
menghina diri dan rasa lemah
barulah bererti kedatangan Ramadhan. 
*844*
Bawalah badan ke mana-mana
tapi hati biarlah bersama Tuhan. 
*845*
Tidak ada erti apa-apa
ibadah di bulan Ramadan,
walaupun meriah,
kalau ibadah itu tidak dihayati.
 

No comments:
Post a Comment