MADAH baru 459


*891* Jangan dirisaukan dengan kesusahan, ia bukan suatu dosa. Jangan merintih dengan ujian, ia bukan satu kesalahan.
Merintihlah kerana dosa dan bersedihlah kerana tidak sempurna ibadah
kerana ia adalah satu kesalahan. 

*892*
Engkau sedih dengan kemiskinan,
kalau kaya bolehkah pemurah?
Engkau sedih dengan kesusahan,
kalau senang bolehkah engkau beribadah lebih baik lagi? 

*893*
Bilamana orang yang bersyariat tidak berakhlak,
orang akan takut dengan Islam kerana menyangka begitulah kesan orang yang mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan. 

*894*
Orang yang beribadah tidak berakhlak, ertinya ibadahnya tidak berbuah.
Tentu ada yang tidak kena di dalam ibadahnya.
Janganlah mengharapkan masuk ke Syurga dengan amal ibadah sekalipun banyak.
Tapi mohonlah masuk Syurga dengan rahmat dari Tuhan. 

*895*
Makanan yang sedap sekalipun,
kalau diletakkan di tempat yang kotor,
orang tidak akan memakannya.
Begitulah Islam itu,
kalau disampaikan dengan tidak berakhlak, orang akan menolaknya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah