*836*
Fikiran yang tidak digerakkan itu adalah culas, fizikal yang tidak diaktifkan itu adalah malas, jiwa yang tidak dihidupkan itu adalah lalai. 
*837*
Pembesar-pembesar zaman sekarang sudah hilang kemerdekaannya kerana program hidup mereka ditentukan oleh orang. 
*838*
Kalau masyarakat yang bermasalah ditangani oleh golongan bermasalah; mungkin masalahnya tidak sama di antara yang menangani dengan yang hendak ditangani;
masalah masyarakat bukan saja tidak selesai tapi akan menambahkan masalah. 
*839*
Gejala masyarakat tidak akan pulih kalau yang menanganinya ingin nama dan glamour atau dengan tujuan lain yang bersifat peribadi. 
*840*
Janganlah Ramadhan setakat memeriahkan yang lahir, meriah yang dapat dilihat oleh mata tapi hati gelap gelita, tidak bercahaya.
 

No comments:
Post a Comment