MADAH baru 458



*861*
Orang yang ada kepentingan, dia akan menjual nama pemimpin,
bukan kerana setia dengan pemimpin tapi agar orang mengikutnya. Kemudian dia akan menggunakan tenaga itu untuk kepentingan dirinya. 

*862*
Kalau diam itu mutiara, eloklah diam.
Jika bercakap itu mutiara, eloklah bercakap kerana manfaatnya merata. 

*863*
Biasanya bakal pemimpin umat Islam yang adil atau benar itu, ada isyarat dari Tuhan.
Di zaman nabi dan rasul, ada wahyu memberitahu.
Zaman tiada rasul dan nabi, mimpi atau firasat orang yang soleh memberitahu. 

*864*
Adakalanya berita-berita ghaib diberitahu kepada sesuatu umat tentang sesuatu kejadian akan berlaku,
agar manusia sedar tiada satu kuasa pun yang boleh menyekat dan boleh membendung,
padahal ia telah diberitahu lebih dahulu.
Begitulah hebatnya kuasa Tuhan,
tiada siapa yang boleh menghalangnya. 

*865*
Kebenaran yang akan berlaku di dalam kehidupan, tidak semudah yang kita fikirkan.
Ia melalui perjuangan.
Ia akan menempuh ujian demi ujian lebih dahulu.
Pengikut-pengikutnya akan disaring dan ditapis lebih dahulu agar yang lemah jiwa terbuang,
yang ada kepentingan akan menyisih diri, musuh di dalam selimut lari,
yang berpura-pura membawa diri,
hanya yang tinggal yang sejati,
barulah kebenaran itu diberi kemenangan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah