Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah, unik dan istimewa.
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya.
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan.
Setelah banyak tentera-tentera lawannya dibunuh, barulah diberi kemenangan.
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan.
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan. Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang.
Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan.
Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia.
Adakalanya para malaikat datang berperang.
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal.
Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang.
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang.
Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak.
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita.
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah.
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang.
Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam.
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud dan tenteranya bukan dengan perang.
Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan.
Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan.
Kalau begitu jika ada di setiap zaman,
pejuang-pejuang Islam berjuang tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang,
membuktikan pejuang-pejuang Islam itu
penuh dengan dosa, akhirnya kecundang.
Kita hendak menunggu kemenangan kita,
bukan dari kita.
Kita hendak menunggu kemenangan ini
di tangan Tuhan.
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan.
No comments:
Post a Comment