*856*
Ulama yang berwatak rasul boleh pimpin diri dan orang lain,
yang berwatak nabi boleh pimpin diri sendiri,
yang tidak berwatak rasul dan nabi, diri sendiri pun tidak mampu memimpinnya, apatah lagi orang lain.
*857*
Orang yang kasyaf tanpa ilmu dan sebelum jiwanya bersih, biasanya syaitan dapat menipunya,
akhirnya orang itu akan tersesat.
*858*
Seseorang wali itu tidak mesti ada karamah sebagai syarat kewaliannya
tetapi biasanya wali itu lumrah berlaku ke atas dirinya
sama ada karamah maknawi atau karamah hissi.
*859*
Ilmu kerohanian tidak sama dengan ilmu batin.
Ilmu kerohanian ialah ilmu bagaimana bermujahadah membersihkan hati daripada mazmumah dan menghiasinya dengan mahmudah.
Ilmu batin ialah ilmu hanya batin sahaja yang berperanan, anggota lahirnya tidak perlu bersyariat.
*860*
Jangan hanya memberi makan jasad lahir dengan sempurna, sedangkan itu akan jadi tanah,
padahal roh akan kekal, sepatutnya
lebih perlu lagi diberi makan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment