*791*
Apabila satu sama lain tidak ada kemesraan, mudah saja timbul curiga mencurigai, mudah salah faham, mudah timbul perbalahan. 
*792*
Apabila beramai-ramai, berbincang-bincanglah dan bermuzakarah.
Apabila keseorangan, berfikir-fikirlah. 
Apabila hendak makan, carilah kawan.
Perkara yang baik bergotong-royonglah.  
*793*
Pantang larang sesuatu kaum elok ditinggalkan, adat resam mereka tidak mengapa dibuat, asalkan tidak melanggar syariat agar keharmonian masyarakat, etnik atau kaum tidak cacat. 
*794*
Di zaman moden ini susah dapat kawan. Kalau dapat, tidak berkekalan. Berkawan sentiasa bertukar ganti kerana payah hendak sejalan. 
*795*
Bertemu selalu tapi satu sama lain tidak ada ingin tahu-menahu.
Selalu berjumpa, engkau-engkau, aku-aku.
Berada semajlis selalu tapi setakat berpandangan mata sahaja, namun untuk berkenalan tiada, apatah lagi untuk berpakat-pakat membuat kebajikan.
 

No comments:
Post a Comment