MADAH baru 452



*826*
Takutkan Tuhan itu boleh mencairkan dan menghancurkan dosa, seperti besi boleh dicairkan oleh api. 

*827*
Kenyangkanlah akal dengan ilmu dan pengalaman, kenyangkanlah hati dengan iman dan keyakinan, laparkanlah perut dengan makanan, nescaya Allah akan kurniakan ilmu hikmah. 

*828*
Tangisilah dosa-dosa kita. Kalau belum boleh menangis, buat-buatlah menangis kerana menangis itu tradisi orang soleh. 

*829*
Barangsiapa rasa tidak aman berhadapan dengan mati, itulah mudah-mudahan menjadi aman ketika hendak mati dengan rahmat Allah. 

*830*
Orang yang tiada ilmu, walaupun ingin menempuh jalan Allah namun dia tidak akan dapat menempuh jalannya kerana jalan itu bersifat maknawi dan rohani yang tidak dapat dilihat oleh mata kecuali dapat disuluh oleh akal dan dirasa oleh rohnya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah