Zaman Manusia Tidak Pedulikan Tuhan


Apabila tiba suatu zaman, manusia tidak fikir Tuhan.
Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya.
Tuhan ada atau tidak, peduli apa.
Tuhan tidak penting lagi buat manusia.
Ia berlaku di akhir zaman, di hujung masa dunia.
Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia.
Apabila berkat tidak ada, benda baik jadi mudharat.
Benda sedap memberi mudharat pula.
Tuhan timpakan kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat.
Bala Tuhan turunkan berlaku secara umum di mana-mana.
Kepada orang jahat sebagai hukuman.
Kepada orang baik penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya.
Makanan sedap lazat membawa penyakit.
Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya.
Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia.
Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia.
Makanan yang halal pun menjadi musuh manusia.
Walaupun begitu manusia tidak insaf juga.
Maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.
Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan.
Tuhan masih tidak dipedulikan.
Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan.
Manusia sibuk dengan  makan, minum dan pakaian.
Sibuk dengan maksiat dan hiburan.
Sibuk dengan pembangunan dan kemajuan, Tuhan hanya sebagai slogan.
Tuhan bukan matlamat hidup, ia hanya sampingan.
Tidak hairanlah Tuhan bertindak, arahkan makanan menjadi musuh insan.
Setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.
Tidak nampak lagi oleh manusia kuasa Tuhan.
Bilakah manusia mahu sedar dan insaf, kembali ke pangkal jalan.
Kembali surrender kepada Tuhan pencipta makhluk dan insan.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah