*1026*
Allah adalah Maha Besar,
tiada yang lebih besar daripada Allah,
justeru itu Dia patut dibesarkan dan patut disembah.
Kalau ada orang lebih membesarkan pangkatnya, kekayaannya, perempuan-perempuan cantik hingga lupa membesarkan Tuhannya
atau dengan Tuhannya acuh tidak acuh,
apa yang dibesarkannya itu, itulah tuhannya.
Lantaran itulah Allah berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah kamu melihat ada orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan”.
*1027*
Apabila ilmu di akal, pandai berhujah dan berlogik tentang Tuhan.
Apabila ilmu di lidah, pandai bercakap tentang Tuhan.
Apabila ilmu di hati, dia takut dengan Tuhan.
*1028*
Janganlah jadikan Allah itu tempat mendesak,
tapi jadikan Dia tempat kita merendah diri,
inginkan pimpinan, mengaku bersalah, mengaku lemah.
*1029*
Di antara ujian Allah kepada manusia setiap kejadian Allah tentukan dengan bersebab,
padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab agar menjadi ujian kepada manusia,
apakah manusia mentuhankan Allah atau mentuhankan sebab.
*1030*
Setiap hari Allah menghantar tentera-tentera-Nya memerangi atau membunuh manusia dan memusnahkan harta benda manusia untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya kepada manusia agar manusia kembali kepada Tuhan.
Seperti air menghanyut, membunuh dan memusnah, angin membunuh dan melanda apa sahaja,
api membakar, membunuh dan menghanguskan, petir menembak manusia, gunung meletup memuntahkan laharnyamemusnahkan apa sahaja yang ditempuhnya,
bumi mengamuk menumbangkan apa sahaja, membunuh dan merosakkan mata benda.
Tapi manusia tidak juga melihat kuasa Tuhan,
katanya: “Ini perkara biasa, ini nature.”
Seolah-olah semua perkara ini jadi sendiri.
No comments:
Post a Comment