Dosa Kita? Aib Kita? Kekurangan kita?

Sebenarnya kita dianggap baik bukan kerana banyaknya kebaikan yang kita buat, tapi kerana Allah menutup aib-aib kita.

.

Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib kita, tentu tak ada yang mahu berkawan atau bahkan mahu mendekati kita.

.

Sebagaimana perkataan Muhammad bin Waasi’ rahimahullah, “Seandainya dosa-dosa itu ada baunya maka tak seorangpun yang mahu duduk bersamaku”.

.

Dan dosa sebagaimana aib, ia adalah suatu perbuatan buruk yang kita tidak ingin orang lain ketahui.

.

Kalau ada seorang yang mengingatkan akan suatu aib yang kita perbuat, janganlah merasa marah & dendam, sebab itu hanyalah secuil dari sekian banyak aib-aib kita yang selama ini Allah tutupi.

.

Dan jangan pernah ujub dengan amalan yang kita lakukan, jangan pernah terperdaya dengan pujian mereka yang memuji kita, kalau ada satu saja aib kita yang diungkap oleh Allah, maka semua pujian akan menjadi celaan..

.

Semoga Allah lindungi kita dan jauhkan dari keburukan. Aamiin.. ❤️🤲

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah