Apabila hidup,Tuhan tidak diambil kira.
Walaupun percayakan Tuhan tapi Tuhan bukan tempat rujuk.
Seolah-olah Tuhan tidak ada peranan di dalam kehidupan manusia.
Sudah tentulah Dia tidak ditakuti dan tidak dicintai.
Akan terjadilah kejayaan manusia itulah matlamat hidup atau tujuan hidup, bukan Tuhan lagi sebagai matlamat hidup manusia.
Seperti menguasai ilmu, maju, membangun, kekayaan dan kemewahan itulah akan jadi matlamat.
0rang yang berjaya memperolehinya pun sombong, riyak dan bongkak.
Kerana dia lebih maju dan berjaya dari orang lain.
Walaupun dia tidak mengaku Tuhan tapi dia telah menuhankan dirinya sendiri.
Dia telah syirik dengan Tuhan tanpa dia sedari.
Dia telah melakukan dosa besar tanpa diketahui.
Biasanya orang semacam ini matinya di dalam berdosa.
Sepatutnya seseorang yang mempunyai ilmu, membangun, berkemajuan, kaya dan berharta untuk menghiburkan manusia.
Supaya lahir kasih sayang, perpaduan, serta rasa bersama.
Hasil yang dia perolehi itu pula kerana hendakkan keredhaan Allah, Tuhan seluruh alam.
Kerana itulah kemajuan yang dicapai bertunjangkan Tuhan atau tauhid.
Keredhaan Tuhan pun dapat, kasih sayang sesama manusia pun terjalin.
Maju di dunia, selamat di Akhirat dari api Neraka.
No comments:
Post a Comment