Syurga *lelaki* 
pada perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan* 
pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* 
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* 
kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* 
anak perlukan *doa ibu bapa.*      
Masa *mati* 
ibu bapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* 
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* 
nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumikan jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* 
yang manusia ada. 
Dia tetap perlu *belajar* 
daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. 
Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* mana pun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa 
tanpa ada *rakyat jelata.* 
Inilah manusia... *Lemah.* 
Walau sehebat mana pun kita di dunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan 
kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak, sombong dan hina.* 
*Ingatlah wahai diri ku* 
dan yang sedang membaca. 
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... *sombong dan merasa dia lebih baik.*
 

No comments:
Post a Comment