Kebaikan Miskin Dan Kaya


Kalau engkau ditakdirkan miskin, sedangkan engkau beriman.
Sabarlah, engkau sungguh beruntung.
Bergembiralah, engkau sungguh bertuah.
Di antara kebaikan yang dapat,
di Akhirat nanti engkau kurang dihisab.
Menjadikan engkau cepat masuk Syurga.
Setiap yang engkau berhajat tidak dapat, penghapusan dosa.
Setiap yang engkau hendak tidak diperolehi, diberi pahala.
Di dunia engkau kurang tanggungjawab.
Tuhan kasih kepada engkau.
Di Akhirat kelak engkau masuk Syurga bersama Rasulullah.
Ibadah yang sedikit dipandang besar oleh Allah Taala.
Jika engkau ditakdirkan menjadi orang kaya.
Padahal engkau beriman.
Tanggungjawab engkau adalah besar kepada masyarakat.
Engkau juga beruntung.
Engkau boleh bersyukur kepada Allah Taala yang memberi nikmat kepada engkau.
Sedekah engkau banyak, banyak orang mendapat nikmat.
Engkau boleh membuat kemajuan kepada umat.
Maka Allah akan menambahkan lagi nikmat itu kepada engkau.
Menjadikan pahala engkau bertambah-tambah banyak.
Cuma di Akhirat kelak engkau banyak kena hisab.
Ke Syurga engkau akan lambat.
Tidak seperti orang miskin yang beriman.
Mereka lebih dahulu daripada si kaya yang beriman.
Walau bagaimanapun, iman itulah yang menentukan kebaikan kedua-dua golongan itu.
Miskin ada kebaikannya, kaya juga ada  kebaikannya.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah