Sungguh mulianya hati seorang ibu dan begitu besar pengorbanan seorang ibu buat kita semua sebagai anak. Diketika kita sedang membesar, seorang ibu selalu berpesan pada anaknya, " rajin-rajin belajar ya nak, besar nanti boleh jaga ibu " begitulah pesan ibu kepada kita.
Namun ada juga anak-anak zaman sekarang masih terlena tanpa ada usaha untuk meraih keberhasilan, tanpa ada keinginan untuk membalas jasa kedua orang tua terutamanya ibu yang menyusukan kita dikala kita masih belum mengenal dunia dan hanya mengharap sepenuhnya kepada mereka.
Bayangkanlah bagaimana bila ibu kita tiada, segalanya akan berubah dan tiada lagi tempat bermanja dan mengadu dikala duka. Diketika ibu yang selama ini ada di sisi kita, memberikan sokongan dan harapan kepada kita, memberikan kata-kata semangat ketika kita berada dalam kesedihan, mendoakan setiap langkah yang kita ambil, apabila suatu masa nanti telah tiada dan takkan kembali lagi, waktu itu barulah akan wujud rasa penyesalan kerana jasa ibu tidak terbalas. Ketika itu kita hanya mampu tangisi kehilangannya, namun semua itu sudah tidak berguna lagi.
Pikirkanlah dan hayati ke dalam jiwa, sementara hayat ibu ada di dunia ini. Ambillah kesempatan itu untuk kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita walau ibu tidak pernah meminta budinya dibalas. Namun ibu tetap ada satu keinginan dan tuntutan terhadap anaknya iaitu ingin melihat anaknya berjaya dan ingatlah sungguh mulianya hati seorang Ibu hingga Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.
No comments:
Post a Comment