Allah Jadikan Manusia Tidak Sama

Allah jadikan manusia satu sama lain tidak sama.
Allah jadikan begitu adalah rahmat dari-Nya.
Kalau manusia dijadikan sama saja, manusia akan sengsara.
Di sinilah rahsia yang tersembunyi banyak manusia tidak mengetahui.
Ada manusia yang kaya, untuk ekonomi bangsanya.
Ada manusia yang berilmu, untuk kemajuan negaranya.
Ada manusia yang berkuasa, untuk kepentingan rakyatnya.
Ada yang memikul senjata, untuk mengawal kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Manusia yang miskin perlu ada, kerana itu Allah wujudkan.
Kerja-kerja berat, kerja-kerja pembangunan, tulang urat mereka sangat diperlukan.
Doa mereka diperlukan juga untuk keselamatan negara.
Mereka jangan dihina, tapi uruslah kehidupan mereka.
Kalau semua golongan faham dan boleh bekerjasama,
kehidupan mereka tidak akan diabaikan.
Mereka pula jangan terasa hina, mereka juga boleh berjasa.
Yang penting setiap orang masing-masing faham kedudukannya dan meletakkan diri pada tempatnya.
Kemudian berjuang dan berkorbanlah mengikut kemampuan dengan ikhlasnya.
Hormat-menghormatilah satu sama lain, setiap orang ada jasanya.
Berkasih sayanglah, kerana satu sama lain perlu-memerlukan.
Janganlah hina-menghina, lebih-lebih lagi kata-mengata.
Setiap orang ada gunanya, jika mahu dimanfaatkan tenaganya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah