Dunia yang nampaknya hebat, cantik dan indah mempesona setiap manusia.
Kita manusia sahaja yang merasa cantik dan indah.
Pada Tuhan tidak ada nilainya sekalipun senilai habuk.
Atau senilai sebelah sayap nyamuk.
Kalau dunia ini ada nilai pada Tuhan walaupun seberat habuk, nescaya Tuhan tidak akan memberinya kepada orang kafir.
Begitu juga kalau orang Islam, di waktu taat Tuhan beri, di waktu derhaka Tuhan tarik.
Adakalanya Tuhan beri, adakalanya Tuhan tahan.
Nescaya parahlah manusia ini.
Tapi pada Tuhan, dunia sedikit pun tidak ada nilai di sisi-Nya.
Orang kafir pun Allah Taala beri makan dan berbagai-bagai nikmat lagi.
Bahkan adakalanya orang kafir lebih banyak diberi daripada orang beriman.
Begitulah nilai Tuhan terhadap dunia.
Oleh kerana dunia ini tidak ada nilainya di sisi Allah.
Tuhan menyuruh kita berilah dunia ini nilai Akhirat.
Jadikan dunia ini jambatan ke Akhirat.
Jual dunia ini untuk beli Syurga.
Kalau tidak begitu, dunia ini tidak ada harga.
Dunia ini kalau tidak dijadikan Akhirat,
Kita hidup sia-sia, dunia akan binasa.
Kalau kita gunakan dunia untuk Akhirat,
dunia sudah ada nilai Akhirat, ia kekal abadi di sana.
No comments:
Post a Comment