Orang Yang Ada Cita-Cita Perjuangan


Orang yang ada cita-cita perjuangan itu sanggup berkorban apa sahaja.
Sanggup terkorban.
Pandai berstrategi.
Pandai memperimbang perbelanjaan keluarga dengan pendapatannya.
Mendidik sama anak dan isteri kepada perjuangan.
Tidak meminta-minta kecuali kepada orang yang sangat dikasihi.
Pandai menilai kawan dan lawan.
Sentiasa siap siaga.
Tidak menyesal terkorban.
Tidak kecewa berhadapan dengan kegagalan.
Pandai menilai masyarakat zamannya.
Sama ada yang berlaku di dunia mahupun yang berlaku di negaranya.
Pandai mengorak langkah.
Ertinya adakalanya dia mundur setapak ke belakang mengumpul kekuatan.
Adakalanya berhenti beberapa ketika.
Adakalanya terus maju.
Optimis masa depan.
Melakukan tipudaya di dalam perjuangannya.
Tidak melahirkan keluhan ketika terdesak.
Tidak menghampakan permintaan kawan-kawannya atau orang yang susah.
Berahsia kepada sesetengah orang dan tidak berahsia kepada sesetengahnya pula.
Di dalam perjuangannya dia tidak melobi dan memaksa.
Tapi dia tetap sentiasa memberi penjelasan dan kesedaran.
Mendekatkan diri kepada Allah dan selalu mengadu kepada-Nya.
Tidak membuang-buang masa.
Indentiti diri dibawa ke mana-mana.
Dengan kata-kata yang lain.
Orang yang ada prinsip peka dengan sebarang kejadian.
Tidak melulu, tidak mudah melatah.
Setiap berita yang datang dia meneliti dan kaji lebih dahulu.
Kehidupan hariannya melambangkan perjuangannya.
Keluarganya contoh cita-citanya.
Sentiasa mencari ilmu dan pengalaman.
Terutama yang ada hubungan dengan membaiki diri dan perjuangannya.
Serius tetapi mesra. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah