MADAH baru 356


*1041*
Kalau kematian tidak dapat mengajar manusia, 
tidak ada jalan lain lagi yang boleh mengajar manusia.
Kerana kematian itu hebat dan menggerunkan, 
Tidak ada kejadian lain segerun kematian.


*1042*
Janganlah lahir kita nampak cantik dan bersih tapi di dalam diri kita penuh dengan najis dan bangkai-bangkai mazmumah.
Macamlah tanah perkuburan, di atasnya cantik dengan binaan dan dihias dengan bunga-bunga tanaman.
Setengah orang memasang lampu untuk mengindahkannya.
Tapi di dalamnya mengandungi bangkai-bangkai yang busuk.


*1043*
Membangunkan insaniah manusia sehingga dapat melahirkan hamba Allah yang berilmu dan bertaqwa, ini memerlukan: 
* kesedaran,
* kefahaman, 
* keyakinan,
* penghayatan 
* latihan istiqamah, * guru yang bertaqwa dan doa. 

 
*1044*
Bersihkanlah badan daripada kekotoran, daripada najis, daripada hadas dan daripada dosa.
Bersihkanlah akal daripada ilmu yang tidak berguna dan ilmu yang salah faktanya.
Dan bersihkanlah jiwa (hati) daripada syirik dan mazmumah.


*1045*
Pembangunan insan lebih utama daripada pembangunan material.
Justeru yang akan masuk Neraka atau Syurga adalah insan bukan material. 
Kesempurnaannya kalau boleh dibangunkan kedua-duanya sekali.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah