*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
•✾ *Koleksi Hadith* ✾•
Daripada *Saidina Abdullah Ibn Mas’ud رضي الله عنه* , beliau berkata; *Baginda Rasulullah ﷺ* pernah bersabda:
الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ
```“ Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang di antara kalian daripada tali sandal-Nya (kasut). Dan Neraka juga seperti itu. ”```
Lihat: [ *HR. Al Bukhari (6488), Imam Ahmad (3667, 3923) dalam musnad-Nya, Al-Bazzar (1663) dalam musnad-Nya, Ibnu Hibban (661) dalam sahih-Nya, Abu Nu’aim (7/125) dalam Hilyah al-Auliya’, Al-Baihaqi (9762) dalam Syu’ab al-Iman, Abu Ya’la al-Maushili (5280) DLL* ]
Huraian Hadith :
Al-Hafiz *al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani (852H)* menukilkan;
• *Imam Ibnu Baththal (449H)* berkata:
“Hadis ini menunjukkan bahawa ketaatan akan menghantar seseorang ke dalam Syurga, sedangkan kemaksiatan akan mengheret seseorang ke dalam Neraka. Dan adalah ketaatan dan kemaksiatan itu barangkali dikerjakan dengan sederhana. Oleh kerana itu, hendak-Nya seseorang itu *[tidak segan]* mengerjakan kebaikan walaupun sedikit, dan hendaklah dia *[tidak segan]* untuk menghindari keburukan walaupun kadar-Nya kecil. Sebab ia tidak mengetahui kebaikan-Nya itu Allah merahmati-Nya, dan tidak pula pada keburukan itu Allah murka kepada-Nya.”
• *Imam Ibnu al-Jauzi (597H)* berkata:
“Makna hadis ini adalah, menggapai Syurga itu mudah jika niat serta tujuan seseorang hamba (untuk itu) sudah benar dalam melakukan ketaatan. Demikian juga dengan Neraka, ia menuruti hawa nafsu dan melakukan kemaksiatan.”
Lihat: [ *Fath al-Bari, 11/321* ]
Wallahua’lam.
*صلوا علی ٱلنبي..* 🐈
Sentuhan : *Kerjasama Dakwah*
https://t.me/skuadpemudaislam
No comments:
Post a Comment