Allahu Akbar



Allahu Akbar satu sifat Tuhan,
Di dalamnya terkandung atau terhimpun
seluruh sifat-sifat Allah yang sempurna
Sebagai yang terpokok yang wajib diketahui, itulah dia sifat Tuhan yang dua puluh
Yang lebih terperinci ialah asmaul husna yang 99
Kalau secara detail, Maha Besarnya Tuhan itu, Dia mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang tidak dapat dihinggakan
Kerana itulah di dalam sembahyang perpindahan dari rukun ke rukun
disuruh menyebut Allahu Akbar
Di dalam apa sahaja kemenangan disuruh jangan tinggalkan menyebut Allahu Akbar
Fahamlah kita Allahu Akbar,
Tuhan ada mempunyai himpunan sifat-sifat yang sempurna tidak berkesudahan
Menyebut sahaja Allahu Akbar, ertinya kita mengakui keseluruhan sifat-sifat kesempurnaan-Nya
Allahu Akbar ini kalaulah Tuhan rasakan kepada gunung-ganang, hancur-luluhlah gunung
Kalau Allah Taala rasakan kepada lautan, akan bergelombang besarlah laut,
banjirlah dunia
Matilah semua kehidupan di laut dan di daratan
Jika kehebatan Allahu Akbar itu dirasakan kepada langit, runtuhlah langit
Berguguran segala matahari dan bulan dan seluruh planet, kiamatlah dunia sebelum Kiamat
Kalau Allah Taala rasakan pula kepada bumi, bergerak dan bergelombanglah bumi, mati semua kehidupan
Jika dirasakanlah kepada para binatang, akan matilah bergelimpangan di daratan dan di lautan
Allah Taala rasakan kepada orang yang bertaqwa mengikut ketaqwaannya
Tuhan sukat rasa itu mengikut peringkat-peringkatnya
Kalaulah Tuhan rasakan kepda golongan yang bertaqwa Allahu Akbar itu lebih daripada yang sepatutnya,
Di waktu itu matilah mereka kerana tidak tahan dengan rasa kehebatan Allahu Akbar
Maha Besar Tuhan, Maha Agung, Zat Yang Maha Esa
Siapa sahaja tidak terasa kehebatan Tuhan,
atau tidak gementar dengan kebesaran Allah,
Rohnya sudah mati sebelum kematian badannya
Marilah kita berlindung dengan Allah, daripada tidak terasa kebesaran Tuhan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah