Akhlak Mulia Rosulullah part 10


_Jika baginda Rasulullah ﷺ. bersin, maka Beliau akan menahan suaranya agar tidak terlalu keras. Beliau menutup dengan pakaian atau tangannya atau Beliau menutup wajah dan mulut secara bersamaan._🧡🧡

_Jika Beliau tidak menyukakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, maka Beliau tidak langsung mengkritiknya dengan menyebutkan nama secara khusus, akan tetapi Beliau menggunakan ungkapan:_ “Mā bālu aqwāmin yaf‘alūna kadhā wa kadhā?” 
(bagaimana keadaan kaum yang melakukan begini dan begini).

*Sering sekali Rasulullah ﷺ. mengingatkan kita untuk selalu ramah dan tersenyum.*💚💚
 Beliau bersabda:

كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَمِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَائِهِ
*“Setiap kebaikan adalah sedekah, dan di antara kebaikan adalah memasang wajahmu dengan penuh senyum dan ceria ketika bertemu dengan saudaramu, dan mengisikan air yang berada di timbamu (ember) ke dalam wadah air milik saudaramu.”*❤️❤️

‘Alī bin Abū Tālib k.w. menyebutkan bahwa *Rasulullah ﷺ. adalah sosok manusia yang selalu bermuka ceria, ramah, lemah lembut akhlaknya, halus dan selalu tersenyum. Beliau adalah sosok yang paling banyak tersenyum setiap bertemu dengan para sahabatnya, selalu serius, nampak tertarik dan memperhatikan dengan serius terhadap setiap pembicaraan mereka. Kadang-kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi gerahamnya.😍 Disebutkan juga bahawa baginda Rasulullah ﷺ. adalah sosok manusia yang paling suka tersenyum dan tertawa, menyenangkan dan berlaku ringan tangan.*💞💞💕💕

_Sayidah ‘Ā’isyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. jika sedang berada di rumah bersama keluarga, maka Beliau selalu ceria, tersenyum dan tertawa. Keceriaan dan kemurahan senyumnya tidak hanya terbatas ketika berada di dalam rumah bersama keluarga saja, akan tetapi juga ketika sedang berada di luar rumah. Dengan setiap orang, Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan selalu dihias dengan senyuman_❤️❤️🌹. 
Beliau bersabda:

رَوِّحُوْا عَنِ الْقُلُوْبِ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ, فَإِنَّ الْقُلُوْبَ إِذَا كَلَّتْ عَمِيَتْ
*‘Segarkan dan hiburlah hati serta pikiran anda secara berkala, kerana hati dan pikiran jika telah lelah, maka akan buta, tidak mampu untuk digunakan berpikir.”*💖💖

_Rasulullah ﷺ. juga sosok yang paling suka bermain dan bercanda ria dengan anak-anak. Beliau adalah sosok orang yang paling suka bercanda dan melucu ketika sedang berada di rumah bersama keluarga._💓💓

*Canda dan lelucuannya adalah yang sesuai dengan kedudukan Beliau yang tinggi dan sosok yang mulia dan luhur. Beliau memang gemar bercanda, akan tetapi ketika bercanda, ia tidak pernah mengatakan sesuatu kecuali yang hak. Oleh kerana itu lelucon dan canda yang diriwayatkan dari Beliau semuanya dalam bentuk bahasa kināyah (menggunakan kata-kata yang tidak terang atau metonimi) dan tauriyah (menggunakan sebuah kata yang memiliki dua erti, pertama erti yang dekat dan kedua erti yang jauh. Yang diinginkan adalah erti yang jauh). Beliau bersabda:

إِنِّي لَأَمْزَحُ, وَلَا أَقُوْلُ إِلَّا الْحَقَّ
*“Aku bercanda, akan tetapi aku tidak mengucapkan kecuali yang hak.”*❣️❣️

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. kemudian ia berkata: _“Wahai Rasulullah, naikkan saya ke atas punggung unta.”_💓 
Beliau menjawab: 
*“Tidak (aku tidak akan menaikkan mu ke atas punggung unta), tetapi aku akan menaikkan kamu ke atas punggung anak unta.”*❤️😂
 Wanita tesebut berkata: _“Apa yang dapat saya lakukan dengan anak unta? Kerana anak unta tidak kuat menahan berat badanku.”_🥺
 Beliau berkata: *“Setiap unta pasti anak unta juga.”*💓😍

*Jika seseorang dipuji kerana ia merupakan sosok yang selalu tersenyum, humoris, ramah, selalu menghormati tetamu dan kerana mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain maka semua itu sebenarnya telah terkumpul di dalam diri Rasulullah ﷺ. Jika anda berbicara tentang sikap dan perilaku baik pada diri Rasulullah s.a.w., maka hendaknya anda memperhatikan faktor-faktor utamanya.*💕💞

_Oleh yang demikian, maka anda akan menemukan di dalam sikap toleransi dan kelapangan dada Beliau, hatinya yang suci dan bersih, kesabaran Beliau yang luar biasa, kearifan dan kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh, suka memaafkan, kezuhudan dan ke-tawādu‘-an Beliau yang sangat luar biasa serta ramah dan kasih sayang Beliau yang selalu menyelimuti semua orang._💖💖

*🌹🌹Allahummaa Shollii Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Alaa Aaliihi Sayyidinaa amuhammad🌹🌹*

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah