*💓💓 ﷺ part. 7💓💓*
_Pada musim haji, sekelompok orang dari kaum Zaid bin Hārithah pergi menunaikan haji. Ketika sedang tawaf di sekitar Ka‘bah, mereka bertatapan muka dengan Zaid. Mereka pun saling kenal dan saling bertukar pertanyaan. Tatkala mereka telah selesai melaksanakan ibadah haji, maka mereka bergegas kembali pulang dan menyampaikan berita gembira tersebut kepada ayah Zaid yang bernama Hārithah dan menceritakan kepadanya tentang apa yang telah mereka dengar tentang anaknya._💖💖
*Hārithah pun bergegas menyiapkan segala keperluan untuk melakukan perjalanan ke Makkah, tidak lupa juga ia menyiapkan sejumlah uang untuk membayar tebusan bagi putera tercinta. Dalam perjalanan ini, Haritsah mengajak serta saudara maranya yang bernama Ka‘b. Mereka langsung memulakan perjalanan menuju kota Makkah. Setelah sampai di Makkah, mereka berdua menemui Nabi Muhamad bin ‘Abdullāh dan berkata kepadanya:*💚💚 _“Wahai Ibn ‘Abd al-Mutthalib, kalian adalah jiran Ka‘bah, kalian membebaskan orang yang tertawan, memberi makan kepada orang yang lapar dan menolong orang yang sedang tertimpa musibah. Kami datang kepada kalian tidak lain untuk membicarakan tentang anak kami yang berada bersamamu, kami membawa sejumlah uang sebagai tebusan bagi anak kami tersebut, maka bermurah hatilah kepada kami dan mintalah tebusan berapapun yang kamu inginkan.”_🥺❣️❣️
Nabi Muhammad ﷺ. bertanya: *“Siapa anak lelaki kalian yang kamu maksudkan?”*💞💞
Mereka berdua menjawab: _“Hamba sahayamu yang bernama Zaid bin Hārithah.”_💚💚
Beliau berkata: *“Apakah kamu inginkan sesuatu yang lebih baik dari uang tebusan?”* ❣️❣️
Mereka berdua bertanya: _“Apa itu?”_
Beliau ﷺ berkata: *“Aku akan memanggilnya untuk kalian, dan kita memberikan pilihan kepadanya. Jika ia memilih kalian, maka bawalah ia tanpa wang tebusan, namun jika ia memilih aku, maka sungguh demi Allah, aku bukanlah sosok yang membenci seseorang yang telah memilih diriku.”*❤️❤️💖💖 Mereka berdua berkata: _“Anda sungguh-sungguh telah berlaku adil.”_😍❤️
Beliau pun memanggil Zaid bin Hārithah dan bertanya kepadanya: *“Siapakah kedua orang ini?”* ❣️
Zaid berkata: _“Ini adalah bapakku, ia bernama: Hārithah bin Syurahbil, dan yang ini adalah pamanku, ia bernama: Ka‘b.”_
Kemudian Beliau berkata: *“Kami telah bersepakat mempersilahkan kepadamu untuk memilih antara pergi bersama mereka berdua atau tetap tingal bersamaku.”*💚💚 Tanpa ragu-ragu Zaid menjawab: _“Aku memilih tetap tinggal bersamamu.”_💖💖💕💕
Mendengar jawaban Zaid tersebut, ayahnya langsung berkata: _“Celakalah kamu wahai Zaid, apakah kamu lebih memilih menjadi hamba sahaya daripada pulang kembali kepada kedua orang tuamu?!”_🥺🥺
Zaid menjawab: *“Kerana sesungguhnya saya melihat sesuatu pada diri lelaki ini (yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad), dan saya tidak ingin brpisah dengannya selamanya.”*🥺🥺❤️❤️
_Ketika menyaksikan dan mendengar jawaban Zaid tersebut, Nabi Muhammad langsung memegang tangan Zaid dan membawanya keluar menuju Ka‘bah. Beliau berdiri bersama Zaid di Hijr Ismā’īl di tengah-tengah kerumunan kaum Quraisy, kemudian Nabi Muhammad berkata_ : *“Wahai kaum Quraisy, saksikanlah bahawa ia (Zaid) adalah anakku, ia akan mewarisiku dan aku juga akan mewarisinya.”*💓💓🥺
_Mendengar ucapan Muhammad tersebut, hati Hārithah dan Ka‘b pun bergembira. Mereka merelakan puteranya tetap tinggal bersama nabi Muhamad ﷺ. dan mereka pun kembali pulang dengan hati bahagia, tenang dan puas. Sejak saat itu, Zaid bin Hārithah dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad sampai Muhammad diangkat menjadi seorang Rasul dan Islam menghapuskan sistem pengangkatan anak. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzāb, 33: 5, yang artinya:_ *“Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah.”*💚💚 Setelah itu, Zaid pun dipanggil dengan nama asalnya, iaitu Zaid bin Hārithah.
*Lihatlah bagaimana Zaid bin Hārithah lebih memilih tetap bersama Rasulullah ﷺ. sebagai hamba sahaya daripada pulang bersama ayahnya menjadi orang yang merdeka, mulia, memiliki jabatan tinggi serta dapat membahagiakan hati ayahnya?*❤️❤️
_Hal ini tidak mungkin dilakukan oleh Zaid jika tidak kerana ia telah tertawan oleh sikap Rasulullah s.a.w. yang sangat baik dan bersifat kebapakan terhadap dirinya, tertawan oleh perasaan kasih sayang yang begitu mendalam yang ia peroleh dari sosok Muhammad s.a.w.. Hal ini membuat Beliau semakin memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap diri Zaid. Rasulullah s.a.w. pun membalas sikap Zaid tersebut dengan cara memerdekakannya, menjadikannya orang yang mulia dan terhormat. Tidak hanya itu, Beliau pun mengkahwinkan Zaid dengan Zainab binti Jahsy, anak perempuan paman Beliau dan termasuk wanita mulia dan terhormat di kalangan kaum Quraisy._❤️❤️
*Hari pun berlalu, kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mengangkat Zaid bin Hārithah menjadi panglima tentera perang yang diutus kepada kaumnya sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda;* _“Jika Zaid terbunuh, maka ia digantikan oleh Ja‘far bin Abū Tālib dan jika Ja‘far terbunuh, maka ia digantikan oleh ‘Abdullāh bin Rawāhah.” Dan di antara tentera yang dipimpin oleh Zaid terdapat Khālid bin Walīd, Ja‘far dan Ibn Rawāhah. Zaid bin Hārithah yang sebelumnya adalah seorang hamba sahaya berubah menjadi orang yang merdeka sekaligus menjadi seorang panglima tentera perang._💞💞
*Ketika Zaid bin Hārithah terbunuh dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w. memuliakannya dengan cara mengangkat puteranya yang bernama Usāmah bin Zaid menjadi panglima tentera perang yang diutus ke negeri Syam. Dan di antara tentara yang dipimpin Usāmah terdapat dua sosok mulia dan yang nantinya akan menjadi khalifah bagi umat Islam, orang tersebut adalah Abū Bakar r.a. dan ‘Umar bin Khattab r.a.. Rasulullah s.a.w. selalu berkata tentang Usāmah:*_“Orang yang dicintakan, anak orang yang dicintakan.”_❤️❤️
*Ini adalah salah satu contoh sikap Beliau yang baik dan lembut terhadap salah seorang sahabat yang Beliau berikan selama dua puluh tahun. Iaitu Beliau berikan mulai sejak masih budak kecil, waktu muda sampai ia berkahwin. Setelah itu, apa yang Beliau berikan kepada Zaid, selanjutnya diberikan kepada anaknya yang bernama Usāmah bin Zaid. Rasulullah s.a.w. benar-benar telah memberikan contoh teladan di dalam hal memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah.*💓💓🌹🌹
_❣️❣️Allahummaa Shollii Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Alaa Aaliihi Sayyidinaa Muhammad_❣️❣️
No comments:
Post a Comment