BERAMAL BERDASARKAN KEMAMPUAN

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman*:

ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَیَوٰةَ لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡغَفُورُ

“Dia lah yang telah mentakdirkan ada-Nya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal-Nya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

( *Surah Al-Mulk [67] : ayat 2* )

عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: 

Daripada *Saidatina ‘Aisyah رضي الله عنها* beliau berkata, *Rasulullah ﷺ bersabda*:

سَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَاعْلَمُوا أَنْ لَنْ يُدْخِلَ أَحَدَكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ وَأَنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

“Beramallah sesuai dengan sunnah dan bersederhanalah, dan ketahuilah bahawa salah seorang daripada kamu tidak akan masuk Syurga kerana amalan-Nya, sesungguh-Nya amalan yang dicintai oleh Allah adalah konsisten *(terus-menerus)* walaupun sedikit.”

*Keterangan Hadis* :

Hadis ini memberi pengajaran supaya melakukan amalan yang bertepatan dengan sunnah. *Fudhail bin ‘Iyadh (187 H)* ketika ditanyakan kepada-Nya tentang maksud perkataan أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ (sebaik-baik amalan) dalam surah al-Mulk, maka jawab-Nya : “Amal yang paling ikhlas dan paling benar.” Amal yang ikhlas itu dilakukan kerana *Allah Subhanahu wa Ta’ala* manakala amal yang paling benar itu adalah menepati sunnah. 

Lihat: [ *Hilyah Al-Auliya’, 8/95* ].

Setiap amal ibadah yang kita lakukan, perlulah bertepatan dengan syariat dan sama sekali tidak bercanggah dengan-Nya. Apatah lagi jika ibadah yang direka-reka tanpa ada petunjuk daripada wahyu. Ini juga tidak dibenarkan. Apa yang penting, jangan melampau daripada apa yang disyariatkan dan jangan lalai sehingga terabai apa yang disyariatkan.

Saranan bersederhana dalam ibadah adalah disebabkan *Rasulullah  ﷺ* sendiri mengetahui kemampuan manusia dalam melakukan ibadah. Malah, *Baginda  ﷺ* menyarankan bentuk amalan yang sedikit tetapi konsisten. Hal ini demikian kerana ibadah yang sedikit secara logik-Nya lebih mudah untuk dijadikan rutin secara konsisten berbanding ibadah yang banyak. Maksud konsisten sebagaimana yang dinyatakan oleh *Al-Imam al-Nawawi (676 H)* adalah senantiasa mentaati Allah.

*Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali (795 H)* menjelaskan bahawa hadis ini memberi kefahaman agar kita berada pada tahap sederhana dalam melakukan amalan dan berusaha melakukan suatu amalan yang sesuai dengan kemampuan.

• Mengapa Amal Ibadah Itu Perlu Dilakukan Secara Konsisten ?

☝🏻. *Mendekatkan Diri Kepada Allah.*

- Amal ibadah yang sedikit tetapi konsisten yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dilakukan dengan ikhlas insya Allah akan diterima-Nya. Malah, pahala-Nya lebih berlipat kali ganda daripada amal ibadah yang banyak tetapi tidak konsisten. Inilah yang dinyatakan oleh Al-Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menurut riwayat Imam Muslim. [ *Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 3/ 133* ].

✌🏻. *Diganjarkan Dengan Pahala*

- Amal ibadah yang berterusan akan terus diganjari pahala. Berbeza dengan amal ibadah yang dilakukan sesekali sahaja walaupun kuantiti-Nya banyak, ganjaran pahala akan terhenti apabila pelaku-Nya tidak melakukan-Nya. Bayangkan, jika amalan tersebut dilakukan secara konsisten, pahalanya sudah pasti terus ada walaupun amalan yang dilakukan-Nya adalah sedikit kuantiti.

👌🏻. *Mencegah Sikap Malas*

- Amal ibadah yang sedikit tetapi konsisten akan mencegah sikap malas dalam beramal. Jika seseorang itu beramal sesekali dalam kuantiti yang banyak, kadangkala akan muncul rasa malas dan culas. Sebalik-Nya, jika seseorang beramal sedikit namun berterusan, rasa malas akan hilang dan rasa semangat untuk beramal akan selalu ada. Oleh sebab itulah, kita di anjurkan untuk beramal secara konsisten walaupun kuantiti-Nya sedikit.

Sabda *Baginda Rasulullah ﷺ* :

وَلِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةٌ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ، فَمَنْ يَكُنْ فَتْرَتُهُ إِلَى السُّنَّةِ فَقَدِ اهْتَدَى، وَمَنْ يَكُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ ضَلَّ

“Setiap amal itu pasti ada semangat-Nya. Dan setiap masa semangat itu pasti ada masa futur (malas-Nya). Sesiapa yang kemalasan-Nya masih dalam sunnah Nabi  ﷺ, maka dia berada dalam petunjuk. Namun, sesiapa yang keluar daripada petunjuk tersebut, sungguh dia telah menyimpang (sesat).”

*HR. Imam Ahmad (23474) dalam Musnad -Nya, Al-Thabrani (2186) dalam Mu’jam al-Kabir.*

*Al-Haitsami kata rijal-Nya dari kalangan rijal (perawi) yang sahih dalam Majma’ Al-Zawa’id (2/259, no. 3563). Syu’aib al-Arnauth kata isnad-Nya sahih mengikut syarat dua syeikh [al-Bukhari & Muslim]*.

Justeru itu, marilah sama-sama kita teruskan beramal walaupun sedikit, kerana sedikit itu apabila disertakan dengan *konsisten* amatlah digalakkan. Ayuh! Teruskan beramal, jangan biarkan hari-hari mu tanpa sedikit pun amal ibadah, kelak kamu yang rugi dan menyesal tidak berkesudahan. Moga Allah (swt) membimbing kita semua, *Amiin.*

Wallahua’lam.
*صلوا علی ٱلنبي..*

Sentuhan : *Kerjasama Dakwah*
https://t.me/skuadpemudaislam

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah